



Islamic Aid Malaysia
Prihatin akan nasib mangsa bencana di Sulawesi, Indonesia, Islamic Aid Malaysia telah melancarkan tabung kemanusiaan gempa bumi Sulawesi bagi membantu mangsa-mangsa yang terjejas teruk akibat gempa bumi yang melanda Palu dan Donggala di Sulawesi Tengah baru-baru ini.
Melalui program ini, pihak Islamic Aid Malaysia akan membekalkan pek-pek berupa makanan keperluan asas harian yang dikenali sebagai ‘SEMBAKO’ seperti beras, minyak masak, gula, tepung, mee segera, sardin, biskut, susu dan lain-lain. Selain daripada itu, pihak Islamic Aid Malaysia juga akan membekalkan “hygiene pack” serta barangan lain seperti tuala mandi, cadar berserta alas tidur bertujuan meringankan beban mangsa bencana ketika berada di pusat perpindahan sementara atau di kawasan atau di rumah-rumah yang telah terputus hubungan.
Info Terkini
Penantian 1050 Penduduk Kampung Bungan Besar, Batang Igan, Berakhir

Penantian lebih 1050 penduduk kampung Bungan Besar Batang Igan di Sibu Sarawak untuk mendapatkan kemudahan bekalan air bersih, kini berakhir dengan kejayaan perlaksanaan 'Projek Bekalan Air Untuk Komuniti', apabila projek tersebut berjaya disiapkan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan. Sejak dari lebih 40 tahun yang lepas, penduduk Kampung Bungan Besar ini mendapatkan sumber air bagi kegunaan harian melalui kaedah 'Rain Water Harvesting'. Keadah ini sangat bergantung kepada air hujan, menyukarkan keadaan mereka terutama di musim kemarau panjang sehingga bekalan air bersih boleh terputus sama sekali. Apabila tiada hujan untuk tempoh masa yang lama, penduduk kampung terpaksa menggunakan...
Baca selanjutnya...Misi Kemanusiaan IAM Ke Lombok, Indonesia

Usaha kemanusiaan membantu mangsa gempa bumi di Indonesia diteruskan lagi melalui kunjungan misi kemanusiaan ke Lombok Utara, Indonesia. Meskipun bumi Lombok dilanda kempa pada Ogos lepas, namun rata-rata keadaan masyarakat masih tidak jauh bezanya. Melalui misi kali ini, pihak IAM telah berkunjung ke Panti Asuhan Mazra'Atul Akhiroh, Paok, Rempek, Kecamatan Gangga, yang terletak di Lombok Utara, Indonesia. Pihak IAM telah mengagihkan sumbangan 'SEMBAKO' iaitu bahan-bahan keperluan asasi termasuk beras, gula, minyak masak, telur dan lain-lain lagi. Penerima agihan sumbangan adalah terdiri daripada 100 penerima yang merupakan penduduk tempatan yang terjejas teruk akibat gempa pada Ogos lepas.Turut...
Baca selanjutnya...Kembara Kemanusiaan IAM ke Palu -Siri 1

Prihatin dengan nasib mangsa-mangsa bencana gempa bumi yang melanda bumi Palu Sulawesi baru-baru ini, pihak IAM telah merangka misi kemanusiaan bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana. Program kembara ini diadakan bagi memenuhi tanggungjawab sosial serta demi silaturahim serta hubungan persaudaraan dengan negara jiran. Melalui program ini, pihak IAM telah berjaya menghulurkan bantuan berbentuk pek makanan asasi serta khemah sebagai perlindungan sementara bagi membolehkan mangsa-mangsa berteduh dari panas dan hujan. Setiap pek makanan mengandungi makanan asasi seperti beras, tepung, minyak masak serta barangan penjagaan kebersihan diri. Sumbangan telah berjaya diagihkan...
Baca selanjutnya...Rayuan Bantuan Mangsa Bencana di Sulawesi

Prihatin akan nasib mangsa bencana di Sulawesi, Indonesia, Islamic Aid Malaysia telah melancarkan tabung kemanusiaan gempa bumi Sulawesi bagi membantu mangsa-mangsa yang terjejas teruk akibat gempa bumi yang melanda Palu dan Donggala di Sulawesi Tengah baru-baru ini. Melalui program ini, pihak Islamic Aid Malaysia akan membekalkan pek-pek berupa makanan keperluan asas harian yang dikenali sebagai ‘SEMBAKO’ seperti beras, minyak masak, gula, tepung, mee segera, sardin, biskut, susu dan lain-lain. Selain daripada itu, pihak Islamic Aid Malaysia juga akan membekalkan “hygiene pack” serta barangan lain seperti tuala mandi, cadar berserta alas tidur bertujuan meringankan beban mangsa...
Baca selanjutnya...Jeti Uzur Berwajah Baru

Penantian seramai lebih 50 nelayan dari Kg. Sg. Cengkih, Kukup, Johor, kini berakhir apabila jeti uzur yang mereka gunakan kini telah telah siap dibaikpulih mengikut masa yang ditetapkan. Projek komuniti ini merupakan projek kerjasama kemanusiaan anjuran bersama Etiqa dan Islamic Aid Malaysia. Projek komuniti ini mendapat pembiayaan penuh dari Etiqa Takaful Berhad sebagai salah satu usaha memenuhi tanggungjawab sosial badan korporat itu. Projek ini juga dijalankan sebagi salah satu usaha meringankan beban golongan nelayan tempatan di dalam urusan harian mereka mencari rezeki dengan menangkap ikan. Selama lebih 20 tahun, golongan nelayan dikampung ini sering merasa bimbang dan runsing...
Baca selanjutnya...Kumpulan Sasar
Warga OKU

Warga OKU yang memerlukan juga tergolong di dalam kumpulan sasaran bagi menerima bantuan kemanusiaan Islamic Aid Malaysia. Ini kerana, kebanyakan warga OKU hidup di dalam keadaan yang serba kekurangan akibat daripada kekurangan dari segi mental ataupun fizikal yang mereka miliki. Meskipun terdapat golongan OKU yang mampu bekerja, tetapi pada umumnya, komuniti OKU menghadapi masalah mencari pekerjaan yang sesuai dan terpaksa bergantung hidup dengan ahli keluarga dan masyarakat sekeliling bagi menjalani kehidupan seharian. Di samping bantuan berbentuk fizikal, peningkatan kesedaran umum di kalangan masyarakat juga adalah penting di dalam usaha untuk meningkatkan kualiti hidup golongan OKU...
Baca selanjutnya...Masyarakat Orang Asli

Masyarakat orang asli juga tergolong di dalam kategori kumpulan sasar utama penerima bantuan Islamic Aid Malaysia. Masyarakat Orang Asli merupakan komuniti penduduk pri bumi di Malaysia.
Masyarakat Orang Asli terdiri daripada beberapa suku kaum yang berbeza-beza.
Akibat dari kepelbagaian suku kaum ini, maka terdapat banyak perbezaan dari segi cara hidup, pertuturan bahasa yang digunakan, kebudayaan dan adat resam.
Rata-rata komuniti orang asli lebih selesa memegang tradisi dan memilih cara hidup yang diamalkan oleh nenek moyang mereka. Disebabkan itu, sebilangan besar masyarakat orang menghadapi kesukaran untuk menerima perubahan dan arus kemodenan.
Meskipun berbagai usaha telah dijalankan...
Mangsa-Mangsa Bencana

Mangsa-mangsa tragedi dan bencana merupakan salah satu diantara kumpulan sasaran utama bantuan kemanusiaan Islamic Aid Malaysia. Apabila terjadinya kemalangan atau bencana alam, mangsa seringkali berada di dalam kesulitan, kehilangan harta benda mahupun perlindungan. Mangsa bencana juga sering mengalami trauma akibat kehilangan segala yang dimiliki di dalam sekelip mata. Keadaan juga boleh menjadi bertambah parah apabila bencana yang berlaku melibatkan kemalangan jiwa. Oleh itu, kumpulan ini sangat-sangat memerlukan bantuan segera sebagai persediaan bagi pemulihan dan pembangunan semula. Di dalam usaha untuk mengurangkan kesengsaraan dan kesulitan mangsa-mangsa bencana, usaha Islamic Aid Malaysia....
Baca selanjutnya...Anak-Anak Yatim Yang Kurang Bernasib Baik

Anak-anak yatim dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik juga tergolong di dalam kumpulan sasaran Islamic Aid Malaysia. Antara kumpulan anak-anak yatim yang diutamakan adalah anak-anak yatim yang tinggal di rumah-rumah kebajikan dan anak-anak yatim kehilangan bapa yang masih tinggal bersama keluarga. Akibat dari ketiadaan tempat bergantung, golongan ini memerlukan bantuan bagi keperluan asasi dan fizikal. Meskipun keperluan asasi mereka masih dapat dipenuhi, kesempitan hidup, serta kekurangan dana bagi sesetengah rumah kebajikan memaksa kanak-kanak ini mendapat kualiti hidup yang rendah. Kekurangan makanan berkhasiat , tidak berkualiti serta kekurangan peralatan dan buku tambahan persekolahan...
Baca selanjutnya...Warga Emas Yang Memerlukan

Warga emas ditakrifkan sebagai golongan warga tua yang berusia 60 tahun ke atas. Di kalangan masyarakat tempatan, masih terdapat sebilangan warga emas yang hidup di dalam serba kekurangan dan sangat-sangat memerlukan. Kumpulan sasaran bagi kategori warga emas adalah terdiri daripada warga emas yang tidak memiliki tempat bergantung, yang tinggal di rumah-rumah kebajikan dan juga warga emas yang tinggal bersendirian di dalam keadaan yang sangat menyedihkan di kampung halaman masing-masing. Berdasarkan tinjauan, kajian serta pengalaman Islamic Aid Malaysia, masih terdapat sebilangan besar warga emas yang memerlukan dan terpaksa bergantung hidup dengan ihsan daripada saudara-mara dan masyarakat...
Baca selanjutnya...Golongan Ibu Tunggal Yang Memerlukan

Kumpulan ibu tunggal adalah terdiri daripada para ibu yang tidak mempunyai suami akibat dari kematian atau perceraian, dan terpaksa memikul beban mencari nafkah bersendirian bagi membesarkan anak-anak. Rata-rata ibu tunggal mengalami kesempitan hidup kerana tiada tempat bergantung dan terpaksa mengharapkan sokongan keluarga dan masyarakat sekeliling. Golongan ini menjadi antara kumpulan sasaran utama berikutan beberapa isu sosial dan ekonomi yang sering menghimpit para ibu tunggal ini. Secara lazimnya,meskipun memikul tanggungjawab selaku penjana utama pendapatan ekonomi keluarga, seringkali golongan wanita menerima pulangan yang kurang daripada ketua keluarga lelaki. Majikan mahupun masyarakat...
Baca selanjutnya...Warga Miskin dan Daif

Kumpulan sasaran utama bagi penerima sumbangan bantuan kemanusiaan Islamic Aid Malaysia adalah golongan warga miskin, daif yang memerlukan. Secara umumnya, golongan miskin boleh ditakrifkan sebagai golongan yang hidup di dalam serba kekurangan, samada kekurangan dari sudut keperluan asasi seperti makanan dan tempat tinggal, mahupun keperluan sosial seperti kemudahan kesihatan, pelajaran dan sebagainya. Di Malaysia, lazimnya konsep kemiskinan dilihat sebagai kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif. Kemiskinan mutlak diukur dengan menggunakan perbandingan antara jumlah pendapatan isirumah dengan tahap pendapatan garis kemiskinan (PGK). PGK merupakan satu jumlah pendapatan minimum, secara...
Baca selanjutnya...Program Bantuan
PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH 2019
Program ‘Kembali Ke Sekolah’ merupakan satu program amal komuniti tahunan bertujuan untuk membantu persediaan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk kembali ke sekolah. Program ini memberi tumpuan kepada anak-anak yatim, kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan anak-anak golongan yang memerlukan di kawasan luar bandar. Melalui program ini, pihak Islamic Aid Malaysia bersama rakan penaja dan penyumbang akan bersama-sama membantu pelajar-pelajar yang terpilih untuk menyediakan kelengkapan persekolahan sebelum bermulanya sesi persekolahan 2019. Penyediaan kelengkapan persekolahan ini merangkumi uniform sekolah, kasut, stokin, beg sekolah dan juga alat tulis. Program ini akan dilaksanakan...
Baca selanjutnya...Kasih Ramadan 2016/1437H

Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan yang mulia ini, pihak Islamic Aid Malaysia- IAM sekali lagi mengalu-alukan sumbangan serta sokongan dari orang ramai bagi bersama-sama menjayakan program Kasih Ramadan 1437H/2016-'Bantulah Mereka Berbuka Puasa’. Kasih Ramadan-‘Bantulah Mereka Berbuka Puasa’ merupakan program amal tahunan IAM bagi membantu golongan yang memerlukan di berbagai lokasi terpilih di serata tanah air di sepanjang bulan Ramadan yang penuh barakah ini. Melalui kempen ini, orang ramai boleh menyumbang sebanyak RM50 bagi satu pek sumbangan lengkap makanan keperluan harian untuk sebuah keluarga. Pek barangan tersebut yang mengandungi makanan keperluan harian asas seperti...
Baca selanjutnya...Program Kembali Ke Sekolah Bagi Sesi 2018

Program ‘Kembali Ke Sekolah’ merupakan satu program amal komuniti tahunan bertujuan untuk membantu persediaan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk kembali ke sekolah. Program ini memberi tumpuan kepada anak-anak yatim, kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan anak-anak golongan yang memerlukan di kawasan luar bandar. Melalui program ini Islamic Aid Malaysia bersama rakan penaja dan penyumbang akan bersama-sama membantu pelajar-pelajar yang terpilih untuk menyediakan kelengkapan persekolahan sebelum bermulanya sesi persekolahan 2018. Penyediaan kelengkapan persekolahan ini merangkumi uniform sekolah, kasut, stokin, beg sekolah dan juga alat tulis. Program ini akan dilaksanakan...
Pusat Terapi Anak-anak CP

Pusat Kecemerlangan Cerebral Palsy atau Excel CP Centre adalah pusat jagaan dan terapi harian anak-anak Cerebral Palsy (CP) terlantar yang ditubuhkan oleh Islamic Aid Malaysia (IAM) bertujuan untuk membantu meringankan beban keluarga yang mempunyai anak Cerebral Palsy. Excel CP Centre di tubuh dengan kerjasama dan diurus sepenuhnya oleh PERTUBUHAN HARAPAN ANAK CEREBRAL PALSY MALAYSIA yang berdaftar di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan dengan nombor pendaftaran PPM-010-14-11122012. Selain meringankan beban kewangan keluarga, pusat ini juga bertindak sebagai sebuah pusat kecemerlangan bagi anak-anak Cerebral Palsy terlantar memandangkan anak-anak ini memerlukan penjagaan...
Baca selanjutnya...Kasih Qurban 2016
"BERKORBANLAH KE ARAH KEBAJIKAN" Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk,bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak disuatu tempat disisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu denganya.” (HR. Ahmad, At Tirmidzi dan Ibnu Majah). Bersempena dengan kehadiran Eidul-Adha atau Hari Raya Qurban, Islamic Aid Malaysia (IAM) mengalu-alukan penyertaan orang ramai bagi menjalankan ibadah qurban melalui program“ KASIH QURBAN 1437H/2016”....
Baca selanjutnya...Tabung Prihatin Gaza

Prihatin dengan nasib saudara Islam kita di Gaza yang telah diserang dan dibom bertalu-talu sejak Ramadan yang lepas oleh Zionis Isreal Laknatullah dan menyebabkan lebih 1,900 orang terkorban serta ribuan lagi yang lain tercedera termasuk wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa, Islamic Aid Malaysia (IAM) turut berganding bahu bersama-sama pihak RTM (Unit Khas Bencana) bagi menyediakan platform kepada mereka-mereka yang ingin turut serta menyumbang membantu meringankan penderitaan saudara Islam kita di Gaza. Walau pun fokus IAM adalah khusus kepada bantuan kemanusiaan dan kebajikan di dalam Negara, pihak kami turut bersimpati dan merasakan isu serangan ke atas Palestin dan pembunuhan kanak-kanak...
Baca selanjutnya...Kasih Ramadan 2014

Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan yang mulia ini, pihak Islamic Aid Malaysia- IAM sekali lagi mengalu-alukan sumbangan serta sokongan dari orang ramai bagi bersama-sama menjayakan program Kasih Ramadan 2014-'Bantulah Mereka Berbuka Puasa’. Kasih Ramadan-‘Bantulah Mereka Berbuka Puasa’ merupakan program amal tahunan IAM bagi membantu golongan yang memerlukan di berbagai lokasi terpilih di serata tanah air di sepanjang bulan Ramadan yang penuh barakah ini. Melalui kempen ini, orang ramai boleh menyumbang sebanyak RM50 bagi satu pek sumbangan lengkap makanan keperluan harian untuk sebuah keluarga. Pek barangan tersebut yang mengandungi makanan keperluan harian asas seperti beras,...
Baca selanjutnya...Bantuan Kecemasan Akibat Bencana

Program bantuan kecemasan adalah program bantuan kemanusiaan segera akibat daripada bencana alam atau kemusnahan yang disebabkan oleh peperangan atau konflik kemanusiaan samada diperingkat tempatan mahupun peringkat antarabangsa. Hakikatnya, bencana alam datang dalam pelbagai tahap dan bentuk. Ada sesetengah bencana ini boleh dijangkakan manakala sebahagian lainnya tidak. Bencana alam telah berlaku di muka bumi ini sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Bencana yang tidak terduga biasanya mengakibatkan kemusnahan struktur, harta benda malahan kehilangan nyawa manusia. Bencana alam sebahagian besarnya berlaku akibat dari proses semulajadi alam. Namun, dalam keadaan tertentu, bencana alam juga...
Baca selanjutnya...Hadis Pilihan
Audio Doa Pilihan
IAM Facebook
Arkib Berita
-
Penantian 1050 Penduduk Kampung Bungan Besar, Batang Igan, BerakhirPenantian lebih 1050 penduduk kampung Bungan...Baca selanjutnya..
-
Misi Kemanusiaan IAM Ke Lombok, IndonesiaUsaha kemanusiaan membantu mangsa gempa bumi...Baca selanjutnya..
-
Kembara Kemanusiaan IAM ke Palu -Siri 1Prihatin dengan nasib mangsa-mangsa bencana gempa...Baca selanjutnya..
-
Rayuan Bantuan Mangsa Bencana di SulawesiPrihatin akan nasib mangsa bencana di Sulawesi,...Baca selanjutnya..
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8