Thursday, September 21, 2017
   
Text Size

Program Bantuan Komuniti Penoreh Getah

 

Prihatin dengan nasib golongan penoreh getah yang kurang berkemampuan, pihak IAM dengan kerjasama Maybank Islamic Berhad, telah mengadakan program 'Jejak Prihatin-Bantuan Untuk Penoreh Getah' bertempat di Masjid Al-Azim, Kg. Bikan, Labu Besar, Kulim, Kedah.

Melalui projek ini, setiap penerima sumbangan, yang terdiri daripada komuniti penoreh getah dari beberapa kampung berdekatan menerima i gelen baja cecair bermikrob berfaedah yang berfungsi menyubur dan membaikpulih tanaman mereka. Selain dari itu, setiap penerima turut menerima 2 gelen racun rumpai makhluk perosak bagi mengawal rumpai dan tumbuhan perosak di sekitar tanaman.

Melalui program kali ini, seramai 200 penerima sumbangan yang kurang berkemampuan dari sekitar Kampung Padang Ubi, Kampung Padang Patung, Kampung Petani, Kampung Bikan, Kampung Bikan Atas, Kampung Bagan Sena Estate dan Kampung Bukit Cempedak telah menerima sumbangan. Setiap penerima turut menerima pek makanan yang mengandungi barangan asasi  seperti beras, gula tepung, sardin bagi membantu meringankan beban setiap penerima sumbangan dan keluarga masing-masing. Rata-rata penerima melahirkan rasa kesyukuran diatas kejayaan program ini.

 

Login Form