Monday, November 20, 2017
   
Text Size

SRI LANKA: Bantuan Kemanusiaan Berterusan

Usaha Kemanusiaan Bagi meneruskan lagi kesinambungan perhubungan persaudaraan seIslam antara negara, pihak Islamic Aid Malaysia (IAM) tampil dalam melaksanakan tanggungjawab sosialnya.

Prihatin dengan nasib golongan yang kurang berkemampuan khususnya ibu tunggal miskin di sekitar kawasan Tricomalee, Sri Lanka, pihak IAM telah berkunjung ke kawasan pedalaman Daerah Muthur, Trincomalee dalam menjayakan program 'Jejak Prihatin' kepada ibu-ibu tunggal miskin.

Menurut maklumat yang diterima, seramai lebih kurang 2000 ibu tunggal miskin yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan hidup dalam kemiskinan telah menghuni kawasan tersebut. Jumlah ibu tunggal yang ramai di kawasan ini adalah ekoran daripada pergolakan politik yang melanda akibat pertelingkahan di antara pihak kerajaan dan puak penentang yang berlarutan sehingga kini.

Rata-rata mereka mempunyai anak yang ramai dan masih lagi bersekolah. Program ini telah dilaksanakan dengan kerjasama sukarelawan IAM di Sri Lanka. Bantuan berbentuk pek makanan ini mengandungi barangan keperluan asas tempatan seperti beras, minyak masak, kekacang, kacang dhal, tepung, gula dan lain- lain lagi. Pihak IAM juga turut berkesempatan untuk melawat rumah mereka bagi melihat sendiri kesusahan yang mereka hadapi.Moga dengan adanya sumbangan ini dapat meringankan beban kesusahan yang mereka hadapi, dan ini juga merupakan sumbangan pertama yang mereka terima daripada masyarakat Malaysia.

Selain daripada itu, pihak Islamic Aid Malaysia turut berkunjung ke kawasan pedalaman di Daerah Kinniya, Trincomalee yang berlokasi lebih 250km dari ibu Kota Colombo dalam menjayakan program 'Bekalan Air Bersih'. Melalui program ini, pihak IAM telah membina Perigi beserta Pam Air & Tangki di beberapa buah rumah di sekitar perkampungan tersebut yang tidak mempunyai Bekalan Air. Kebanyakan rumah terpaksa berkongsi perigi bagi tujuan mendapatkan Bekalan Air Bersih untuk kegunaan harian.

Projek kerjasama yang dijalankan bersama NGO tempatan dan juga sukarelawan IAM di Sri Lanka ini turut memberi manfaat kepada penduduk sekitar yang tidak mempunyai Bekalan Air Bersih khususnya untuk tujuan memasak & berwudhu. Melihat akan situasi ini, pihak IAM telah merancang untuk meneruskan lagi bantuaan kemanusiaan kepada masyarakat sekitar khususnya untuk bulan Ramadan yang akan datang.

Melalui tinjauan kami dan maklumat yang diperolehi, masih terdapat perkampungan serta madrasah madrasah yang terletak jauh dari pusat bandar dan di kawasan pedalaman yang hidup dalam keadaan susah dan dibelenggu kemiskinan.

Lebih menyedihkan lagi apabila perkampungan tersebut adalah perkampungan yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam.

 

Bagi mendapatkan foto-foto program kemanusiaan IAM di Sri Lanka, Sila klik link di bawah :

https://www.facebook.com/myIslamicAid/posts/1232344523486972

https://www.facebook.com/myIslamicAid/posts/1232084043513020

https://www.facebook.com/myIslamicAid/posts/1231662653555159

https://www.facebook.com/myIslamicAid/posts/1230732793648145

Login Form