Friday, December 15, 2017
   
Text Size

Kasih Qurban 2017

"BERKORBANLAH KE ARAH KEBAJIKAN"

 

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk,bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak disuatu tempat disisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu denganya.”

(HR. Ahmad, At Tirmidzi dan Ibnu Majah).

 

Bersempena dengan kehadiran Eidul-Adha atau Hari Raya Qurban, Islamic Aid Malaysia (IAM) mengalu-alukan penyertaan orang ramai bagi menjalankan ibadah qurban melalui program“ KASIH QURBAN 1438H/2017”. Bertemakan ‘Qurban Ke Arah Kebajikan’, program “KASIH QURBAN 1438H/2017” ini telah dilancarkan bagi menghubungkan masyarakat Malaysia yang prihatin dengan golongan yang memerlukan melalui ibadah Qurban yang mulia ini.

Bagi tahun ini, program "KASIH QURBAN 1438/2017" dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu :

 

1) Ziarah Qurban di peringkat tempatan (MALAYSIA).

Pelaksanaan ibadah Qurban akan dilaksanakan di beberapa lokasi berbeza di seluruh Malaysia di mana tumpuan utama adalah di kawasan pendalaman dan jauh dari pusat bandar. Pengagihan daging Qurban akan dilaksanakan secara sistematik kepada penerima manfaat yang telah di kenal pasti oleh pertubuhan. Mereka adalah terdiri daripada golongan fakir miskin, anak-anak yatim miskin, ibu tunggal miskin, warga emas miskin dan juga warga Orang Kurang Upaya miskin.

Kos Qurban bagi peringkat tempatan pula adalah RM 550 bagi satu bahagian lembu, RM 3,850 bagi seekor lembu dan RM 900 bagi seeekor kambing.

 

2) Ziarah Qurban di negara SRI LANKA

Pelaksanaan ibadah Qurban di negara Nepal akan dijalankan oleh pihak Islamic Aid Malaysia (IAM). Bagi tahun 2017 ini, pelaksanaan ibadah Qurban di Sri Lanka akan diadakan di beberapa daerah di sekitar Wilayah Trincomalee dan juga di beberapa daerah dimana penduduknya beragama Islam iaitu di Poovarasantheevu, Majeed Nagar, Kakamunai, Solaivettuvan, Maharoof Gramam dan Soorangal. IAM akan melaksanakan ibadah korban di negara Sri Lanka dengan kos RM 300 bagi satu bahagian lembu, RM 2,100 bagi seekor Lembu atau RM 900 bagi seekor kambing. Pelaksanaan Qurban ini akan dilaksanakan sendiri oleh IAM bersama rakan kerjasama di negara tersebut.

 

3) Qurban di peringkat Antarabangsa

Perlaksanaan ibadah Qurban bagi peringkat antarabangsa pula dilakukan dengan usahasama bersama Muslim Aid International. Antara negara-negara dimana program Qurban bakal dilaksanakan adalah Afrika, Afghanistan, Palestin, Iraq, Indonesia, Kemboja, Somalia, Pakistan dan Bangladesh dengan kos RM 480 bagi satu bahagian lembu.

 

Sinarilah Eidul Adha anda dengan menyertai ibadah qurban ini.

Untuk sebarang pertanyaan  dan maklumat lanjut, sila hubungi En.Farouq Zauji di talian 019-3973558/03-89574136.

 

BAGI PENYERTAAN QURBAN :

Sila isikan maklumat tempahan anda pada borang yang telah dimuat turun mengikut kategori Qurban pilihan anda :

Bagi memuat turun Borang Penyertaan Qurban di peringkat tempatan, sila klik di sini ->Tempahan Ditutup

Bagi memuat turun Borang Penyertaan Qurban di negara Sri Lanka,  sila klik di sini ->Tempahan Ditutup

Bagi memuat turun Borang Penyertaan Qurban di peringkat antarabangsa,  sila klik di sini ->Tempahan Ditutup

Bagi sedekah Qurban, sila klik di sini

 

Bagi maklumat lanjut mengenai program kemanusiaan IAM sila layari laman web www.iam.org.my

_____________________________________________________________________________________________________________

Untuk memudahkan urusan tempahan Qurban, anda boleh terus menghantarkan maklumat melalui whatsapp ke 0193973558 atau 0192506202. Sila sertakan maklumat berikut :

1. Salinan bukti pembayaran ( slip deposit bank/ online transaction slip)

2. Nama penuh peserta Qurban mengikut jumlah bahagian

3. Alamat surat menyurat bagi tujuan penghantaran resit dan sijil penyertaan.

 

Pembayaran juga boleh dibuat melalui kaedah berikut:-

Secara ONLINE sila klik di sini ( sila pilih kategori ’Product Description’ :  QURBAN )

ATAU

Pembayaran di ATM / Kaunter Bank/ Maybank2u/ CIMBclick melalui akaun ’Islamic Aid Association Malaysia ’- MBB (5640 7000 2424) / CIMB ( 8600872578)

ATAU

Melalui cek atas nama ’ Islamic Aid Association Malaysia’

(Sila fakskan borang tempahan serta slip pembayaran ke no faks: 03-89485939 atau email ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )

Penyertaan secara terus boleh dibuat di pejabat pertubuhan beralamat di :

C-1-56A, Jalan SP5/4, Seksyen 5, Taman Serdang Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Untuk sebarang pertanyaan  dan maklumat lanjut, sila hubungi En.Farouq Zauji di talian 019-3973558/03-89574136 atau layari laman sesawang Islamic Aid Malaysia di www.iam.org.my

 

Sesungguhnya..tumbuhnya amal kebajikan yang subur bermula dari benih Qurban yang ikhlas..

Login Form