Friday, July 20, 2018
   
Text Size

Program Kembali Ke Sekolah Bagi Sesi Persekolahan 2018

 

Memasuki tahun ketujuh penganjuran program ‘Kembali Ke Sekolah’ Islamic Aid Malaysia (IAM) bersama rakan kemanusiaannya iaitu Etiqa Takaful Berhad telah bersama-sama dalam membantu pelajar-pelajar yang terpilih untuk menyediakan kelengkapan persekolahan sebelum bermulanya sesi persekolahan 2018. Program ini  diwujudkan bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh keluarga yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah bagi menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak mereka.

Program ini telah memberi manfaat kepada lebih 1,600 orang pelajar peringkat sekolah rendah lebih dari 32 buah sekolah dalam persediaan untuk memasuki sesi persekolahan 2018. Melalui program ini sebanyak 8 siri penjelajahan telah dilaksanakan bermula pada hujung November yang lalu sehingga Disember. Ia melibatkan kunjungan ke Negeri Sarawak, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, Sabah dan Pahang bagi memenuhi tanggungjawab pengagihan sumbangan zakat daripada pihak Etiqa Takaful Berhad kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Matlamatnya ialah membantu meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak mereka dengan harapan dapat menyuntik semangat dan memberi motivasi. Yang paling penting melalui program itu dapat menceria dan memberikan keriangan kepada anak-anak terbabit untuk memulakan sesi persekolahan

 

Konsep Pengagihan

Melalui program yang istimewa ini, pihak Islamic Aid Malaysia (IAM) bersama rakan kerjasama iaitu Etiqa Takaful Berhad telah berkunjung ke setiap lokasi. Bagi memudahkan urusan pengagihan kelengkapan sekolah, pihak Islamic Aid Malaysia telah memperkenalkan konsep ‘Kios’ bagi membolehkan setiap pelajar yang terpilih merasai suasana sebenar membeli belah. Sebanyak tiga ‘Kios’ telah dibuka mengikut kategori iaitu Kios Pakaian lelaki, Pakaian Perempuan  dan juga kasut sekolah. Setiap pelajar yang terpilih akan diukur saiz pakaian dan dibenarkan untuk mencuba bagi memastikan pakaian yang dipilihnya itu bersesuaian dan selesa untuk dipakai. Setiap pelajar menerima 2 pasang baju, 2 pasang kasut, 3 pasang stokin dan beg sekolah.

Usaha ini turut dibantu oleh rakan-rakan sukarelawan Islamic Aid Malaysia bagi memastikan pengagihan ini dapat dijalankan dengan sempurna. Di setiap lokasi pengagihan sebanyak 20 orang rakan sukarelawan IAM dan kakitangan Etiqa Takaful Berhad telah turut serta dan ia juga turut dibantu oleh guru-guru sekolah tersebut. Selain daripada itu, kanak-kanak ini turut diraikan dengan aktiviti santai yang dapat meningkatkan kemahiran komunikasi serta daya keyakinan diri.

Presiden Islamic Aid Malaysia (IAM), Zawahir Abdullah berkata, pihaknya amat berterima kasih kepada Etiqa Takaful Berhad  yang memberi kepercayaan kepada kami dan juga prihatin terhadap usaha-usaha kemanusian yang dilaksanakan oleh Islamic Aid Malaysia (IAM). Sekiranya tahun lepas, 8 siri penjelajahan saja  kami lakukan, Alhamdulilah pada tahun ini sebanyak 8 siri lagi penjelajahan telah dapat dilaksanakan bagi membantu lebih ramai lagi kanak-kanak yang memerlukan .’

Mengulas mengenai program tersebut, Zawahir AbdullahPresiden Islamic Aid Malaysia (IAM) berkata, melalui program ini, kami ingin memastikan anak-anak ini bersedia untuk ke sekolah dengan keperluan asas persekolahan yang mencukupi dan berharap sumbangan ini akan memberi keceriaan kepada mereka.

‘Jika sebelum ini, kami hanya menyumbangkan bantuan berbentuk pek makanan, namun atas dasar prihatin terhadap nasib kanak-kanak yang kurang berkemampuan bagi meneruskan sesi persekolahan, pihak kami bercadang untuk membantu menyediakan kelengkapan persekolahan mereka. Lebih menarik lagi, sesi bantuan ini turut melibatkan penyertaan kanak-kanak tersebut. Mereka bebas membuat pilihan dan merasai sendiri keseronokan membuat persiapan persekolahan, katanya.

"Ini aktiviti tahunan dan kami merancang untuk meraikan lebih ramai lagi kanak-kanak yang memerlukan pada masa akan datang, Kami berharap semoga kanak-kanak yang terpilih dalam program ini akan merasa sangat gembira kerana dapat pakaian sekolah baru, Kami turut mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai khususnya golongan korporat untuk turut sama dalam menjayakan program amal ini " ujarnya.

Beliau juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan sukarelawan Islamic Aid Malaysia (IAM) yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini. Beliau juga turut menyeru supaya lebih banyak lagi syarikat korporat turut mencontohi usaha Etiqa Takaful Berhad ini dalam menjayakan misi-misi kemanusiaan dan kebajikan kelolaan Islamic Aid Malaysia (IAM).

Berikut merupakan lokasi pengagihan program bantuan “ Kembali Ke Sekolah 2018”oleh Islamic Aid Malaysia :

Bil

Lokasi

Program

1.

Negeri Sabah

(18hb Nov 2017)

Sekolah Kebangsaan Kinasaraban,Kota Belud, Sabah.

(200 orang pelajar)

 

2.

Negeri Kelantan

(25hb Nov 2017)

Sekolah Kebangsaan Padang Mandol, Tumpat, Kelantan.

(200 orang pelajar)

 

3.

Negeri Johor

(02hb Dis 2017)

Sekolah Kebangsaan Lelaki Bandar Kluang,Kluang, Johor

(200 orang pelajar)

 

4.

Negeri Sarawak

(09hb Dis 2017)

 

Sekolah Kebangsaan Muara Tebas, Kuching, Sarawak.

Sekolah Kebangsaan Sibu Laut, Kuching,Sarawak.

(200 orang pelajar)

 

5.

 

Negeri Kedah

(15hb Dis 2017)

Sekolah Kebangsaan Tunjang,  Kubang Pasu, Kedah

(200 orang pelajar)

 

6.

 

Negeri P.Pinang

(16hb Dis 2017)

Sekolah Agama Titi Teras,Balik Pulau, Pulau Pinang

(200 orang pelajar)

 

7.

Negeri Perak

(17hb Dis 2017)

Sekolah Kebangsaan Chikus,Chikus, Perak

(200 orang pelajar)

 

8.

Negeri Pahang

(23hb Dis 2017)

Sekolah Kebangsaan Sungai Baging,Kuantan, Pahang.

(200 orang pelajar)

 

 

 

Bagi mendapatkan lebih banyak foto bagi program ini, sila kunjungi laman Facebook Islamic Aid Malaysia

Login Form