Tuesday, June 19, 2018
   
Text Size

Projek Bekalan Air Bersih di Kampung Talungan, Sabah

 

Penantian lebih 400 orang penduduk di Kampung Talungan, Telipok, Sabah bakal berakhir apabila 'projek bekalan air bersih' telah berjaya dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan. Projek komuniti dibawah Tanggungjawab Korporat Etiqa ini bertujuan untuk meringankan beban penduduk tempatan bagi mendapatkan kemudahan bekalan air bersih. Projek istimewa ini mendapat pembiayaan penuh Etiqa dan dilaksanakan dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia.

Sejak lebih 20 tahun yang lepas, penduduk kampung ini hanya mendapat sumber air dari punca air graviti yang disalurkan dari anak sungai berhampiran yang telah dibina sendiri oleh penduduk kampung tersebut. Namun berikutan keadaan paip yang telah uzur, serta terdapat beberapa paip yang telah bocor kerana terlalu lama, menyebabkan penduduk kampung sering mengalami masalah keputusan bekalan air. Masalah kekurangan air juga sering berlaku di musim kemarau apabila paras air yang rendah mengakibatkan tekanan air terlalu rendah serta tidak sampai ke rumah-rumah mereka.

Melalui perlaksanaan projek bekalan air bersih ini, penyambungan paip air sepanjang 4 km telah dibuat dari sumber air dan disalurkan ke tangki air graviti untuk disalurkan ke rumah-rumah di sekitar Kampung Talungan, Telipok, Sabah. Projek ini juga turut melibatkan penyertaan dari penduduk kampung bersama-sama sukarelawan dari Etiqa dan IAM untuk bersama-sama bergotong-royong bagi membaikpulih sistem pepaipan (piping) bagi tujuan menyalurkan air bersih untuk kegunaan komuniti kampung tersebut. Selain itu, aktiviti sukaneka bersama kanak-kanak dan penduduk setempat turut diadakan bagi megeratkan lagi hubungan silaturrahim.

 

Login Form