Saturday, July 20, 2019
   
Text Size

Penantian 1050 Penduduk Kampung Bungan Besar, Batang Igan, Berakhir

 

 

Penantian lebih 1050 penduduk kampung Bungan Besar Batang Igan di Sibu Sarawak untuk mendapatkan kemudahan bekalan air bersih, kini berakhir dengan kejayaan perlaksanaan 'Projek Bekalan Air Untuk Komuniti', apabila projek tersebut berjaya disiapkan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan.
Sejak dari lebih 40 tahun yang lepas, penduduk Kampung Bungan Besar ini mendapatkan sumber air bagi kegunaan harian melalui kaedah 'Rain Water Harvesting'. Keadah ini sangat bergantung kepada air hujan, menyukarkan keadaan mereka terutama di musim kemarau panjang sehingga bekalan air bersih boleh terputus sama sekali. Apabila tiada hujan untuk tempoh masa yang lama, penduduk kampung terpaksa menggunakan air sungai bagi kegunaan harian. Penggunaan air sungai yang tidak ditapis adalah berisiko kerana dikhuatiri keracunan, dijangkiti wabak penyakit serta penyakit kulit.
Selain dari itu, sungai ini juga dihuni oleh populasi buaya yang kadang kala boleh mengundang bahaya apabila penduduk kampung turun ke sungai untuk membasuh pakaian ataupun mandi.

Melihat akan permasalahan ini, maka Islamic Aid Malaysia dan Etiqa mengambil inisiatif bagi membantu komuniti ini. Program ini dilaksanakan sebagai memenuhi tanggungjawab korporat Etiqa bagi membantu kemudahan penduduk tempatan bagi mendapat bekalan air bersih. Program ini mendapat pembiayaan penuh Etiqa Takaful Berhad dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia.

Melalui projek ini, pihak IAM dan Etiqa bersama-sama dengan penduduk kampung telah bekerjasama membuat sambungan paip air dari air sungai Batang Igan untuk disambungkan ke pam elektrik dan sistem penapisan air utama, sebelum disambungkan ke tangki-tangki sedia ada untuk disalurkan ke kediaman penduduk kampung.Projek ini menggunakan sistem penapisan air secara berkelompok, dimana setiap sistem pam dan penapisan air akan dikongsi bagi kegunaan bersama 3 buah rumah. Sistem ini digunakan bagi menjimatkan kos serta mengurangkan risiko kerosakan berbanding sistem 'Membrane Water Treatment System' yang menelan belanja yang jauh lebih tinggi. Perlaksanaan telah memberi manfaat kepada kira-kira 1050 penduduk kampung termasuk penghuni rumah panjang berdekatan.

 

Login Form