Tuesday, April 24, 2018
   
Text Size

Bantuan Banjir Bersama Selebriti RTM

 

 

Pada 10hb Feb 2011, bertempat di Kampung Kota Raja Panchor, Muar, Johor , Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia dengan kerjasama RTM telah mengadakan majlis bantuan kepada mangsa banjir.

Sebanyak 30 keluarga miskin yang merangkumi bangsa melayu, cina dan India telah terlibat dalam program amal ini. Uniknya program ini, apabila konsep ziarah sambil menghulurkan bantuan telah dilaksanakan. Melalui konsep ziarah ini, ia secara tidak langsung dapat memberi gambaran terhadap kesusahan yang dihadapi oleh mangsa bencana. Bagi meringankan beban mangsa banjir, bantuan berbentuk barangan kelengkapan tidur termasuk set cadar, selimut dan tuala telah diberikan kepada mangsa. Bantuan telah dihulurkan oleh Presiden pertubuhan iaitu En.Zawahir Abdullah serta disertai oleh selebriti daripada RTM dan juga rakan sukarelawan.

 

 

 

 

 

Login Form