Sunday, July 23, 2017
   
Text Size

Anak-Anak Yatim Yang Kurang Bernasib Baik

Anak-anak yatim dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik juga tergolong di dalam kumpulan sasaran Islamic Aid Malaysia. Antara kumpulan anak-anak yatim yang diutamakan adalah anak-anak yatim yang tinggal di rumah-rumah kebajikan dan anak-anak yatim kehilangan bapa yang masih tinggal bersama keluarga.

Akibat dari ketiadaan tempat bergantung, golongan ini memerlukan bantuan bagi keperluan asasi dan fizikal. Meskipun keperluan asasi mereka masih dapat dipenuhi, kesempitan hidup, serta kekurangan dana bagi sesetengah rumah kebajikan memaksa kanak-kanak ini mendapat kualiti hidup yang rendah. Kekurangan makanan berkhasiat , tidak berkualiti serta kekurangan peralatan dan buku tambahan persekolahan adalah merupakan fenomena biasa bagi golongan kanak-kanak ini.

Berdasarkan pemerhatian daripada program-program kanak-kanak yang telah diadakan, selain dari keperluan fizikal, sokongan dari segi sosial dan spiritual juga sangat-sangat diperlukan. Rata-rata golongan kanak-kanak ini mengalami masalah keciciran dalam pembelajaran, masalah keyakinan diri serta kurang kemahiran berkomunikasi. Akibat dari kekurangan kasih sayang dari ibubapa serta kepincangan institusi keluarga yang mereka lalui, kanak-kanak ini memerlukan pendedahan dan perhatian dari masyarakat bagi membina jati diri agar menjadi insan yang berguna.

Antara program-program yang dijalankan bagi kumpulan kanak-kanak ini adalah program pendidikan, bekalan bantuan makanan asasi dan jumpa program bantuan sempena musim perayaan.

 

 

 

Login Form