Thursday, September 21, 2017
   
Text Size

Mangsa-Mangsa Bencana

Mangsa-mangsa tragedi dan bencana merupakan salah satu diantara kumpulan sasaran utama bantuan kemanusiaan Islamic Aid Malaysia. Apabila terjadinya kemalangan atau bencana alam, mangsa seringkali berada di dalam kesulitan, kehilangan harta benda mahupun perlindungan. Mangsa bencana juga sering mengalami trauma akibat kehilangan segala yang dimiliki di dalam sekelip mata. Keadaan juga boleh menjadi bertambah parah apabila bencana yang berlaku melibatkan kemalangan jiwa. Oleh itu, kumpulan ini sangat-sangat memerlukan bantuan segera sebagai persediaan bagi pemulihan dan pembangunan semula.

Di dalam usaha untuk mengurangkan kesengsaraan dan kesulitan mangsa-mangsa bencana, usaha Islamic Aid Malaysia. sering disokong oleh kerjasama bersama Jawatankuasa masyarakat tempatan sebagai salah satu usaha untuk memberikan bantuan, mengenalpasti lokasi yang terjejas, penyediaan pengangkutan, pasukan bantuan dan memastikan kesesuaian keperluan.  Diantara kategori bantuan bagi kumpulan sasar ini adalah bantuan kecemasan akibat bencana, bantuan perubatan dan bekalan makanan asasi.

 

Login Form