Thursday, September 21, 2017
   
Text Size

Warga OKU

 

Warga OKU yang memerlukan juga tergolong di dalam kumpulan sasaran bagi menerima bantuan kemanusiaan Islamic Aid Malaysia. Ini kerana, kebanyakan warga OKU hidup di dalam keadaan yang serba kekurangan akibat daripada kekurangan dari segi mental ataupun fizikal yang mereka miliki. Meskipun terdapat golongan OKU yang mampu bekerja, tetapi pada umumnya, komuniti OKU menghadapi masalah mencari pekerjaan yang sesuai dan terpaksa bergantung hidup dengan ahli keluarga dan masyarakat sekeliling bagi menjalani kehidupan seharian.

Di samping bantuan berbentuk fizikal, peningkatan kesedaran umum di kalangan masyarakat juga adalah penting di dalam usaha untuk meningkatkan kualiti hidup golongan OKU di kalangan masyarakat tempatan.

Antara program-program yang dijalankan bagi kumpulan ini adalah program bekalan bantuan makanan asasi dan jumpa program bantuan sempena musim perayaan.

 

Login Form