Friday, October 19, 2018
   
Text Size

Pendidikan

Pendidikan merupakan salah satu aspek yang penting dalam kehidupan. Tahap pendidikan akan  menentukan sejauhmana ketamadunan sesuatu bangsa. Melihat kepada kepentingan ini, Islamic Aid Malaysia meletakkan keutamaan dalam menyalurkan bantuan bagi program-program berbentuk sokongan pendidikan.

Diantara program-program yang dijalankan adalah program pembiayaan perpustakaan,  bahan-bahan bacaan dan juga pakaian serta peralatan sekolah khusus untuk anak-anak yatim dan golongan kanak-kanak kurang bernasib baik.

Program Pembiayaan Perpustakaan
Projek unik yang mensasarkan satu rumah anak yatim satu perpustakaan ini merupakan antara bantuan kemanusiaan yang disalurkan melalui pendidikan. Melalui projek ini , Islamic Aid Malaysia mengadakan program-program pengumpulan dana bagi membeli buku-buku yang bermutu untuk kegunaan rumah-rumah anak yatim di seluruh Malaysia. Sesuai dengan prinsip bantuan kemanusiaan pertubuhan, projek perpustakaan ini terbuka kepada semua rumah anak yatim yang kurang berkemampuan, tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan ideologi.

Pembekalan pakaian & peralatan sekolah
Program ini memberi fokus kepada anak-anak yatim dan golongan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Program ini pada kebiasaannya akan dilaksanakan pada awal pembukaan sessi persekolahan bagi meringankan beban keluarga dan penjaga anak-anak tersebut. Bantuan berbentuk pemberian pakaian seragam persekolahan, kelengkapan persekolahan seperti beg, alatulis dan sebagainya.

Program Edu-taintment
Program EDUTAINMENT atau Pendidikan Melalui Hiburan bagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik, adalah sebuah program yang memberi focus kepada anak-anak yatim dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Melalui program ini, para sukarelawan Islamic Aid Malaysia akan mengadakan kunjungan di Rumah Anak-Anak Yatim dan menjalankan aktiviti-aktiviti bersama kanak-kanak di rumah tersebut.

Pengisian aktiviti berkumpulan yang dijalankan telah disusun secara rapi bagi membantu meningkatkan kemahiran berkomunikasi, persembahan, meningkatkan keyakinan diri, dan keyakinan untuk bersosial bersama golongan dewasa dari latarbelakang yang berbeza.  Aktiviti-aktiviti ini juga diadakan di dalam suasana yang santai, ceria dan menyeronokkan serta bersesuaian dengan kategori umur kanak-kanak di setiap rumah kebajikan dimana program dijalankan. Melalui program-program seumpama ini, diharap sedikit sebanyak dapatlah mendidik anak-anak yatim tersebut untuk menimba ilmu, menambah pengalaman serta memberi manfaat kepada kehidupan mereka untuk beroleh kejayaan dimasa hadapan.

 

Login Form