Saturday, August 18, 2018
   
Text Size

Kesihatan

Program kesihatan merupakan salah satu daripada cabang bantuan yang dilaksanakan oleh pertubuhan Islamic Aid Malaysia. Program Kesihatan ini melibatkan perlaksanaan program berbentuk program bantuan pemeriksaan kesihatan, program pendedahan penjagaan kesihatan yang baik dan pembiayaan kos rawatan kesihatan. Program-program ini dikhususkan kepada golongan yang kurang mendapat pendedahan mengenai kesihatan terutamanya golongan miskin dari luar bandar serta masyarakat orang asli.  Ini merupakan program berbentuk pendidikan bagi mendidik golongan yang kurang berkemampuan ini untuk mendapat pengetahuan terkini mengenai isu-isu kesihatan. Melalui program ini juga, ia menjadi platform kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk membuat sessi perundingan mengenai kesihatan secara percuma.

Program ini akan dilaksanakan oleh Islamic Aid Malaysia dengan kerjasama daripada badan-badan professional yang mempunyai kepakaran dalam bidang kesihatan. Ia juga akan turut dijayakan dengan sokongan daripada para sukarelawan yang prihatin.

 

Login Form