Saturday, August 18, 2018
   
Text Size

Makanan Asas

Program bantuan makanan asas merupakan program yang dilaksanakan oleh pertubuhan bagi mengurangkan beban golongan yang memerlukannya. Program ini bertujuan untuk menyediakan bekalan makanan yang berkhasiat sebagai usaha untuk mengurangkan masalah kurang nutrisi atau kurang zat dikalangan golongan miskin dan mereka yang memerlukan. Program bekalan makanan asas merupakan  progam pengagihan barangan makanan asas seperti beras, gula, minyak masak, susu, sardin, tepung dan lain-lain lagi.

Program ini dilaksanakan mengikut garis panduan pemakanan sihat dimana setiap pek makanan mengandungi bekalan nutrisi yang terdiri daripada  sumber tenaga dan karbohidrat (60%), protein (35%) dan lemak (5%).  Melalui program ini, bekalan makanan asasi yang berkhasiat dan berkualiti dibekalkan dengan tujuan untuk mengurangkan beban golongan yang memerlukan.

 

Login Form