Saturday, August 18, 2018
   
Text Size

Sara Hidup

Program sara hidup adalah program jangka panjang khusus untuk ibu-ibu tunggal yang mempunyai kemahiran dan kebolehan. Melalui program ini, pihak pertubuhan akan membuat pembiayaan modal untuk memulakan perniagaan dan juga pembiayaan peralatan seperti mesin jahit, peralatan memasak dan sebagainya.

Program penjanaan pendapatan ini dapat memberi sokongan kepada golongan yang terbabit untuk hidup berdikari tanpa mengharapkan simpati orang ramai semata-mata. Melalui program ini juga, pihak pertubuhan akan membantu individu terbabit untuk mendapat latihan dan bimbingan daripada pihak-pihak yang berkaitan bagi menigkatkan lagi kemahiran yang mereka ada. Pemantauan secara berterusan juga akan dilakukan bagi memastikan usaha untuk membantu individu ini dapat dilaksanakan dengan baik.

Dengan adanya program ini, ia secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup golongan tersebut.

Login Form