Thursday, September 21, 2017
   
Text Size

Program Bermusim

Kasih  Ramadhan
Program 'Kasih Ramadhan' merupakan salah satu daripada program bermusim anjuran Islamic Aid Malaysia. Program tahunan ini  diadakan pada bulan Ramadhan bagi mengurangkan beban penderitaan golongan yang kurang berkemampuan di Malaysia dalam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Program ini bertujuan menyediakan bekalan makanan yang berkhasiat sebagai usaha untuk mengurangkan masalah kurang nutrisi atau kurang zat dikalangan golongan miskin dan mereka yang memerlukan.

Program amal ini dilaksanakan dengan cara mengedarkan pek makanan yang bernilai 50 ringgit kepada golongan fakir miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, golongan orang kurang upaya serta golongan yang layak mengikut pemerhatian dan kriteria yang ditetapkan oleh Islamic Aid Malaysia. Pek makanan  ini mengandungi makanan keperluan harian asas seperti beras, gula, garam, susu, tepung, minyak masak dan lain-lain lagi. Ia diharapkan akan dapat membantu meringankan beban keluarga tersebut selama dua hingga tiga minggu sepanjang bulan ramadhan ini.

Program ini melibatkan penjelajahan ke seluruh Malaysia bagi menghulurkan sumbangan kepada mereka yang layak menerimanya.  Program ini amat mengalu—alukan sokongan badan-badan korporat mahupun golongan individu bagi menghulurkan sumbangan. Semakin banyak sumbangan yang diterima, maka semakin ramai golongan yang kurang berkemampuan dapat dibantu.

Kasih Korban
Program ’Kasih Korban’ merupakan program bermusim anjuran pertubuhan Islamic Aid Malaysia. Program ini akan diadakan pada bulan perayaan Hari Raya Qurban. Melalui program ini, Islamic Aid Malaysia akan menjadi platform kepada masyarakat Malaysia yang prihatin dalam pelaksanaan ibadah Qurban. Pihak pertubuhan akan melaksanakan ibadah qurban dikawasan yang masyarakatnya terdiri daripada golongan yang kurang berkemampuan.

Pada kebiasaannya, penerima manfaat daripada program ini akan dipilih oleh pihak pertubuhan yang terdiri daripada golongan asnaf. Setiap daripada mereka akan diberikan daging qurban, disamping itu juga mereka akan turut diraikan dengan jamuan makan.

Sumbangan ’Sempena Perayaan’
Islamic Aid Malaysia juga terlibat di dalam aktiviti bantuan bagi golongan yang memerlukan sempena perayaan termasuk Aidilfitri, Aidiladha, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Sejajar dengan kepelbagaian kaum di Malaysia, program ini juga diadakan sebagai salah satu cara meraikan kemeriahan kepelbagaian masyarakat di Malaysia.

 

Login Form