Thursday, September 21, 2017
   
Text Size

Bantuan Kecemasan Akibat Bencana

Program bantuan kecemasan adalah program bantuan kemanusiaan segera akibat daripada bencana alam atau kemusnahan yang disebabkan oleh peperangan atau konflik kemanusiaan samada diperingkat tempatan mahupun peringkat antarabangsa.

Hakikatnya, bencana alam datang dalam pelbagai tahap dan bentuk. Ada sesetengah bencana ini boleh dijangkakan manakala sebahagian lainnya tidak. Bencana alam telah berlaku di muka bumi ini sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Bencana yang tidak terduga biasanya mengakibatkan kemusnahan struktur, harta benda malahan kehilangan nyawa manusia.

Bencana alam sebahagian besarnya berlaku akibat dari proses semulajadi alam. Namun, dalam keadaan tertentu, bencana alam juga boleh berlaku akibat dari campur tangan manusia. Dalam kes-kes yang lainnya, kesan-kesan dari bencana alam meningkat intensitinya akibat tingkah-laku manusia di dalam alam ini.

Di Malaysia bencana alam jarang berlaku. Walaupun begitu, antara bentuk-bentuk bencana yang kerap direkodkan di negara ini adalah banjir, banjir kilat dan tanah runtuh.

Sebagai sebuah pertubuhan yang bertanggungjawab terhadap mangsa-mangsa bencana, Islamic Aid Malaysia akan sentiasa bersedia dalam menghadapi kemungkinan ini bagi membantu mangsa-mangsa bencana.

Diantara program-program bantuan kemanusiaan yang dijalankan melalui bantuan kecemasan segera adalah seperti bantuan makanan, air bersih, tempat tinggal sementara dan lain-lain.

 

Login Form