Saturday, August 18, 2018
   
Text Size

Pameran Lukisan Solo Kaligrafi Untuk Kebajikan

 

Melaka, 12 Februari  2010- Bertempat di Kompleks Al Azim, Jalan Bukit Palah, satu majlis pelancaran ‘ Pameran Lukisan Solo Kaligrafi ’ karya Abdul Ghafur Tahir untuk tujuan kebajikan telah diadakan. Program ini merupakan kerjasama kemanusiaan antara Pertubuhan Kemanusiaan Islam Malaysia, Muzium Al-Quran dan juga Pelukis, Abdul Ghafur.

Melalui program yang istimewa ini, sebanyak 50 lukisan bertemakan 99 Mengakui KebesaranNya di tingkat dua Muzium Al-Quran di Kompleks Al Azim telah dipamerkan. Pameran lukisaan solo ini telah berlangsung bermula 12 Februari 2011 sehingga 31hb Mac 2011 yang berkonsepkan kaligrafi dan lukisan Islam.

Abdul Ghafur, 50 tahun, merupakan seorang pelukis kelahiran Banting. Melalui minat yang mendalam dalam bidang seni lukis  telah mendorong beliau untuk menghasilkan pelbagai karya seni yang berkonsepkan ketuhanan. Karya seni yang dihasilkan ini, banyak menggunakan warna-warna yang ceria. Melalui pameran solo ini, antara lukisan termahal yang dipamerkan adalah karya  yang mengandungi 99 nama-nama Allah. Disamping itu juga turut dipamerkan sepanjang program pameran ini adalah lukisan unik seperti nama-nama surah, zikir, dan ayat kursi yang dihasilkan dengan penuh rasa kecintaannya terhadap kesenian lukisan Islam.
Melalui kerjasama ini sebanyak 20 peratus daripada hasil jualan amal ini akan disumbangkan kedalam tabung bencana 1 Malaysia. Ini merupakan satu usaha murni dalam mencapai satu tanggungjawab sosial yang patut dialu-alukan dan dicontohi.

Login Form