Saturday, August 18, 2018
   
Text Size

Kempen Kemanusiaan Sempena Maulidurrasul

Sempena sambutan Maulidur Rasul  yang lepas, pihak pertubuhan telah mengadakan kempen kemanusiaan dalam membantu mangsa bencana banjir. Program ini telah diadakan di Ekspo Perdagangan Islam sempena sambutan maulidur rasul & Kempen Berzakat Peringkat Negeri Melaka.

Melalui program ini sebanyak pelbagai agensi kerajaan telah terlibat. Ia juga turut menyaksikan perarakan maulidur rasul yang melibatkan 120 agensi dalam memeriahkan majlis tersebut. Turut hadir ke majlis ini adalah tetamu kehormat iaitu Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob dan  Y.A.B Datuk Seri Haji Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka.

Melalui program ini, Pertubuhan Bantuan Kemanusian Islam Malaysia turut  mengadakan kempen kemanusiaan dengan mengadakan kutipan amal bagi membantu mangsa-mangsa bencana banjir. Kutipan amal telah dilaksanakan dengan membuat perletakan tabung di sekitar tapak ekspo bagi memudahkan orang ramai yang prihatin untuk membuat sumbangan.

 

Login Form