Monday, April 23, 2018
   
Text Size

Penyerahan Bantuan Banjir di Melaka

Pada 16hb Feb 2011, bertempat di Merlimau, Melaka, Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia telah mengadakan majlis penyerahan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas di sekitar daerah Merlimau di negeri Melaka.

Bagi meringankan beban mangsa banjir, sebanyak 30 keluarga telah menerima bantuan berbentuk barangan kelengkapan tidur termasuk set cadar, selimut dan tuala. Bantuan telah disampaikan oleh IRM kepada YB Senator Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil, sebagai simbolik kepada penyerahan bantuan kepada 30 keluarga tersebut.

Login Form