Thursday, December 13, 2018
   
Text Size

Program 'Cahaya Kasih' Bersama Sukarelawan IRM Dari UNISEL

Pada 19hb Feb 2011, bertempat di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Cacat Klang, Selangor, satu program sukarelawan bersama penghuni di Pusat Jagaan tersebut telah diadakan. Program yang telah bermula seawal jam 9 pagi itu telah dianjurkan oleh seramai 45 orang sukarelawan dari ‘Civil Engineering Club’ Universiti Industri Selangor. Diantara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah sesi gotong-royong membersihkan kawasan Pusat Jagaan, pertandingan mewarna dan beramah mesra bersama lebih 75 orang penghuni pusat tersebut. Kesemua penghuni Pusat Jagaan tersebut adalah terdiri daripada warga Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengalami ketidakupayan dari segi fizikal dan mental.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Program Kejuruteraan Awam UNISEL, wakil dari pejabat Menteri Besar Negeri Selangor, Timbalan Presiden IRM serta para sukarelawan dari IRM. Di majlis tersebut, sumbangan barangan makanan asasi serta beberapa sumbangan lain turut diserahkan kepada penghuni rumah tersebut.

Login Form