Thursday, December 13, 2018
   
Text Size

Bantuan di Kg. Bukit Mambai, Johor

Pada 21hb Januari 2011, majlis penyerahan sumbangan barangan makanan asasi telah diadakan bertempat di Kg. Bukit Mambai, Johor. Di majlis tersebut, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berbesar hati untuk turut serta menyampaikan sumbangan barangan makanan asas kepada seramai kira-kira 30 penerima sumbangan. Turut hadir di majlis tersebut adalah Presiden Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia, En. Zawahir Abdullah serta para sukarelawan IRM.

Rata-rata penerima bantuan adalah terdiri daripada 30 keluarga berbilang bangsa yang memerlukan dari sekitar Kg. Bukit Mambai, Johor. Penyerahan bantuan ini merupakan sebahagian dari perlaksanaan program pengagihan bantuan makanan asasi IRM.


Login Form