Monday, April 23, 2018
   
Text Size

Bantuan Kemanusiaan Ringankan Beban Mangsa Bencana Tanah Runtuh di Hulu Langat

 

Di atas dasar keperihatinan terhadap tragedi bencana tanah runtuh yang menimpa kanak-kanak malang di Hulu Langat baru-baru ini, Pertubuhan IRM sekali lagi telah bekerjasama dengan Radio IKIM.fm bagi menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa bencana tersebut. Turut hadir meraikan anak-anak yatim tersebut adalah Presiden IRM, saudara Zawahir Abdullah dan Raja Perempuan Perlis DYMM Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Kunjungan tersebut telah disertai oleh Juruhebah Radio IKIM.fm dan sukarelawan Pertubuhan IRM bagi menyampaikan rasa simpati serta menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada anak anak yatim dari Rumah Anak2 Yatim Hidayah dan anak-anak dari Madrasah Al Taqwa Hulu Langat, Selangor.

Kunjungan amal Pertubuhan IRM ini adalah merupakan titik permulaan awal bagi mendapatkan maklumat terkini serta meninjau keadaan semasa mangsa-mangsa kejadian. Pengumpulan maklumat ini adalah perlu bagi mengenalpasti keperluan serta sokongan yang diperlukan. Pada ketika ini, kanak-kanak yang terlibat dengan tragedi tersebut ditempatkan di penempatan sementara di Lembah Azwen. Ternyata, meskipun majoriti kanak-kanak yang ditemui masih lagi mengalami trauma akibat dari bencana yang menimpa, namun kunjungan serta sumbangan yang dihulurkan tetap disambut dengan senyuman dan kesyukuran.

Penyaluran bantuan kemanusiaan bagi mangsa-mangsa bencana ini merupakan salah satu daripada kategori bantuan kemanusiaan Pertubuhan IRM di peringkat tempatan. Pertubuhan IRM sentiasa menjalankan pelbagai program kemanusiaan di dalam usaha untuk meringankan penderitaan golongan yang memerlukan.

 

Klik disini bagi mendapatkan album penuh kunjungan ini

 

Login Form