Saturday, January 20, 2018
   
Text Size

Meraikan anak-anak yang kurang bernasib baik di Sunway Lagoon

28 Mei 2011 -Pihak Pertubuhan IRM bersama-sama dengan para sukarelawan serta rakan kerjasama telah bersama-sama meraikan kumpulan anak-anak yatim serta kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Taman Tema Sunway Lagoon. Program ini telah diadakan bersempena dengan program 'Biggest 1Malaysia Parents Day', dimana tiket percuma ke Taman Tema Sunway Lagoon telah dihadiahkan kepada kanak-kanak dari beberapa rumah kebajikan terpilih. Tiket-tiket tersebut telah ditaja sepenuhnya oleh Persatuan Kebajikan Satu Visi Malaysia.

Diantara kanak-kanak yang telah terlibat di dalam program ini adalah kanak-kanak dari Pusat Jagaan Nuri, Setapak, kanak-kanak dari Persatuan Beautiful Gate dan Ti Ratana yang merangkumi beberapa rumah kebajikan. Disamping meraikan kanak-kanak ini, aktiviti sebegini diharapkan dapat memberikan keceriaan di samping memberi peluang membuka minda bagi kesemua kanak yang terlibat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada sukarelawan IRM, Mazlina Sukri serta Yeap Eu Juan dari Swimin12 yang telah bersama-sama menjayakan program yang penuh keceriaan ini.

Program kanak-kanak di Sunway Lagoon ini merupakan sebahagian dari program komuniti Pertubuhan IRM bagi kategori kebajikan anak-anak yatim serta kanak-kanak yang kurang bernasib baik di peringkat tempatan.

 

Klik disini bagi mendapatkan album penuh program ini

Bagi menghulurkan sumbangan, sila klik di sini

 


 

Login Form