Sunday, October 21, 2018
   
Text Size

Sidang Media Majlis Amal Simfoni Kasih

 

27 Mei 2011 -Bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, satu Sidang Media Pra Malam Amal Simfoni Kasih telah diadakan sempena Majlis Makan Malam Amal “Simfoni Kasih” yang akan berlangsung pada 02 Julai 2011 (Sabtu) bertempat di Grand Ballroom, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur. Majlis Makan Malam Amal ini merupakan sebuah program amal, anjuran bersama Pertubuhan IRM, Radio IKIM.fm serta Seri Pacific Hotel, sebagai hotel rasmi majlis tersebut.

Dengan bertemakan “ Hapuslah Airmatamu”, majlis ini dianjurkan bagi mengumpul dana untuk tujuan kebajikan khusus kepada golongan fakir miskin, anak yatim, golongan OKU dan ibu tunggal miskin melalui Program ‘Jejak Prihatin’ dibawah kelolaan Pertubuhan IRM.

Di sidang media tersebut, Biduanita Datuk Sharifah Aini telah menyatakan rasa terharu dan sukacita beliau diatas usaha kerjasama kemanusiaan yang dijalankan oleh Pertubuhan IRM dan Radio IKIM.fm. Memandangkan kerja-kerja amal sudah sebati dengan diri beliau, beliau juga berasa amat berbesar hati, menyumbangkan bakatnya demi membantu golongan-golongan yang memerlukan.

Sidang media tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Pengarah Radio IKIM.fm dan Presiden Pertubuhan IRM, En. Zawahir Abdullah.

Pertubuhan IRM mengalu-alukan sokongan dari orang ramai serta para peminat Biduanita Sharifah Aini melalui pembelian tiket ke Majlis Amal tersebut. Bagi tempahan tiket serta maklumat lanjut, sila klik di sini

Lihat Keseluruhan Album

 

Login Form