Sunday, August 19, 2018
   
Text Size

Jualan Amal Sempena Karnival Sejuta Belia 1Malaysia

 

Bersempena dengan Karnival Sejuta Belia 1Malaysia yang telah berlangsung di Putrajaya pada 28 - 29 Mei 2011 yang lepas, Pertubuhan IRM telah mengadakan Jualan Amal Barangan Terpakai. Jualan Amal yang telah berlangsung selama dua hari ini diadakan melalui kerjasama Pertubuhan IRM bersama Radio IKIM.fm. Radio IKIM.fm sememangnya telah lama berkerjasama dengan Pertubuhan IRM sebagai usaha dan sokongan terhadap program-program kemanusiaan Pertubuhan IRM. Penyertaan Pertubuhan IRM dan juga Radio IKIM.fm juga dilihat sebagai satu usaha murni bagi meningkatkan kesedaran umum tentang tanggungjawab sosial yang harus dipikul oleh masyarakat bagi membantu golongan yang memerlukan.

Program amal ini merupakan  salah satu daripada projek tempatan Pertubuhan IRM.  Melalui program ini, pihak Pertubuhan IRM telah menyediakan platform kepada masyarakat Malaysia yang prihatin untuk mendermakan barangan terpakai untuk dijual semula dan hasil bagi jualan tersebut akan disalurkan kepada golongan yang kurang berkemampuan di bawah pengelolaan pihak Pertubuhan IRM bagi usaha-usaha kemanusiaan khususnya di Malaysia.

Melalui program yang istimewa ini, pelbagai barangan terpakai seperti pakaian, barang perhiasan, buku-buku dan lain-lain peralatan telah dijual pada harga serendah RM2. Kesemua barangan yang dijual ini telah disaring oleh para sukarelawan IRM dan hanya barang yang berada di dalam keadaan baik saja dipamerkan untuk dijual. Program jualan amal barangan terpakai Pertubuhan IRM sering diadakan di berbagai lokasi terpilih. Lokasi-lokasi jualan amal juga sering diadakan di tempat awam bagi memudahkan orang ramai yang prihatin untuk turut serta dalam jualan amal tersebut.

Di dalam usaha-usaha penjanaan dana dan perlaksanaan usaha-usaha kemanusiaan yang lain, penglibatan daripada pelbagai lapisan masyarakat seperti golongan selebriti sebagai sukarelawan amat dialu-alukan bagi menjayakan usaha murni ini dalam membantu mereka yang kurang berkemampuan.

 

 

Klik disini bagi mendapatkan album penuh program ini

 

Login Form