Monday, January 22, 2018
   
Text Size

Kerjasama Kemanusiaan Pertubuhan IRM & ETIQA Takaful


Kerjasama Kemanusiaan Pertubuhan IRM dan Etiqa Takaful Berhad bagi menjayakan Program 'Jejak Prihatin Kelantan' & Program Pembaikan Rumah

Pasir Mas, Kelantan, 18 Jun 2011- Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia (IRM) dan Etiqa Takaful Berhad hari ini telah mengadakan program kemanusiaan bagi membantu masyarakat setempat yang memerlukan melalui program `Jejak Prihatin & Projek Pembaikan Rumah’ – Fasa 1 Peringkat Negeri Kelantan’ bertempat di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas, Kelantan.

Program amal ini, merupakan  salah satu daripada projek kemanusiaan peringkat tempatan anjuran Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia(IRM) di bawah program `Komuniti Setempat’.  Melalui program ini, pihak Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia (IRM) telah menggunakan konsep ziarah bagi melihat sendiri dan merasai kesusahan serta penderitaan yang mereka hadapi. Melalui program ini juga, ia turut menyediakan platform kepada masyarakat Malaysia yang prihatin terutama pihak korporat dan golongan invidu yang prihatin untuk menghulurkan sumbangan dan bergandingan tangan bagi mewujudkan sifat prihatin dan semangat sukarelawan.

Majlis ini telah disempurnakan oleh tetamu kehormat iaitu YBhg. Tengku Saifuddin Bin Tengku Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif , Kawasan Pantai Timur Etiqa Takaful Berhad. Turut hadir ke majlis ini adalah   Presiden, Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia (IRM), YBhg. Encik Zawahir Abdullah dan Encik Mohd Fauzi bin Mohammad, Pengurus Seranta Yayasan Pelajaran Mara, Kelantan yang bertindak selaku tuan rumah.

Seramai kira-kira 50 orang rakan sukarelawan daripada sekitar Pasir Mas, Kelantan  telah terlibat secara langsung dalam program ini. Program ini telah di ketuai oleh Saudara Bustanol Ariffin, Pengerusi Pertubuhan IRM Cawangan Kelantan.

Melalui program ini, pihak Etiqa Takaful Berhad, sebagai rakan kemanusiaan telah mebiayai sumbangan berbentuk pek makanan kepada 200 buah keluarga di sekitar daerah Pasir Mas, Kelantan. Penerima sumbangan ini terdiri daripada golongan fakir miskin,ibu tunggal miskin, warga emas miskin dan juga golongan orang kurang upaya(OKU) miskin yang telah dikenalpasti layak menerima bantuan daripada Kg. Alor Mengkuang, Kg.Bujuk, Kg.Sungai Tendong, Kg.Kubang Agil, Kg.Kubang Batu dan lain-lain kampung di sekitar Pasir Mas.

Selain daripada menerima bantuan berbentuk pek makanan yang mengandungi makanan asas harian seperti beras, gula, minyak masak, susu, makanan dalam tin dan lain-lain lagi,  penerima manfaat turut diraikan dengan jamuan makan tengahari oleh rakan sukarelawan daripada Pertubuhan IRM dan juga wakil daripada Etiqa Takaful Berhad.  Rata-rata mereka yang hadir ini menyatakan rasa kesyukuran kerana masih lagi ada pihak yang prihatin terhadap nasib mereka walaupun berada di kawasan luar bandar.

Lanjutan daripada program tersebut, turut di adakan adalah lawatan ke Kg.Kiat Bunut Susu, Kg.Binjai Pulau dan Kg.Rambutan Rendang. Lawatan ini bertujuan untuk menyampaikan bantuan kepada  tiga buah rumah yang telah dikenalpasti layak untuk terlibat didalam ‘Projek Pembaikan Rumah’. Projek ini telah dibiayai sepenuhnya oleh Etiqa Takaful Berhad yang menjadi rakan kemanusiaan pertubuhan IRM.

Menurut Tengku Saifuddin Bin Tengku Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif , Kawasan Pantai Timur Etiqa. ,sumbangan Etiqa kepada Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia adalah sebahagian daripada sumbangan zakat tahunan syarikat kami yang dihulurkan secara terus kepada institusi-institusi kebajikan yang layak dibawah program Tanggungjawab Zakat Korporat Etiqa. Oleh itu, kami akan mengkaji dan meneliti institusi-institusi yang berkaitan dan memastikan agar hanya yang benar-benar layak akan menerima bantuan. Dan secara jujur kami meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia (IRM) melalui programnya iaitu Program Jejak Prihatin dan Projek Pembaikan Rumah ini.

”Melalui program Tanggungjawab Zakat Korporat Etiqa, syarikat kami telah membantu lebih daripada 17 buah institusi kebajikan dan lebih daripada 1,600 anak-anak yatim dan golongan asnaf di seluruh Malaysia telah menerima sebahagian daripada sumbangan zakat syarikat kami. Lebih daripada RM1.5 juta dibelanjakan setiap tahun untuk memberi bantuan bermakna dalam bentuk kewangan, bangunan dan kemudahan-kemudahan seperti asrama, kelas pendidikan, kantin, surau dan juga dalam bentuk peralatan seperti komputer, peralatan pendidikan dan permainan dan pelbagai lagi. Program ini juga adalah sejajar dengan janji jenama kami untuk menginsankan insurans dan takaful.”

“Kami berharap agar sumbangan yang kami berikan ini sedikit sebanyak dapat membantu para penerima sumbangan di Negeri Kelantan. Dan kami amat berterima kasih kepada jawatankuasa program yang menjayakan program ini dari awal perlaksanaannya dan mengharapkan agar kerjasama ini dapat diteruskan lagi.” Katanya ketika ditemui ketika program tersebut berlangsung.

Presiden Pertubuhan IRM, Zawahir Abdullah berkata, pihaknya amat berterima kasih kepada Syarikat Etiqa Takaful Berhad yang memberi kepercayaan kepada kami dan juga prihatin terhadap usaha-usaha kemanusian yang telah dilaksanakan oleh Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia (IRM).

‘Kami akan buat yang terbaik dalam menyalurkan bantuan tersebut dan hanya mereka yang benar-benar layak saja yang akan menerima manfaat daripada program ini tanpa mengira latar belakang politik mereka. Terima kasih kami ucapkan buat Syarikat Etiqa Takaful Berhad kerana telah memberi peluang kepada kami untuk mengagihkan sumbangan zakat tersebut.”

Menurutnya lagi, program ini juga akan turut berkunjung ke negeri-negeri lain seperti Kedah, Perak, Johor dan Pahang bagi memenuhi tanggungjawab pengagihan sumbangan zakat Etiqa Takaful Berhad kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Beliau juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan sukarelawan Pertubuhan IRM yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini. Beliau juga turut menyeru supaya lebih banyak lagi syarikat korporat dapat mencontohi usaha Syarikat Etiqa Takaful Berhad ini dalam menjayakan misi-misi kemanusiaan kelolaan pertubuhan ini.

Lanjutan daripada itu, bagi merealisasikan misi kemanusian dalam membantu mereka yang kurang berkemampuan, pihak pertubuhan amat mengalu-alukan sokongan dan bantuan orang ramai dalam menjayakan misi ini.

 

 

Bagi melihat keseluruhan album, sila klik koleksi album di bawah :

 

Majlis Penyampaian Sumbangan Pertubuhan IRM-Etiqa di Kelantan

Majlis Penyampaian Sumbangan Pertubuhan IRM-Etiqa di Baling, Kedah

Projek Baik Pulih Rumah Warga Miskin (Zainuddin Salleh)

Projek Baik Pulih Rumah Warga Miskin (Shaari Mohd Nor)

Majlis Penyampaian Sumbangan Pertubuhan IRM & Etiqa di Sik, Kedah

Projek Baik Pulih Rumah (Che Basha Bt Rauf)

Jejak Prihatin & Etiqa- Menjejak Ibu Tua di Pondok Usang

Jejak Prihatin & Etiqa-di daerah Baling, Kedah

Majlis Penyampaian Sumbangan Pertubuhan IRM-Etiqa di Bagan Serai, Perak


Login Form