Monday, June 18, 2018
   
Text Size

Iftar Bersama Anak-Anak Yatim di Rumah Penyayang Hembusan Kasturi

 

Pertubuhan IRM dengan kerjasama Majalah Islamik Karangkraf telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim dari Rumah Penyayang Hembusan Kasturi, Klang pada 15 Ogos 2011.

Turut hadir bagi meraikan anak-anak yatim tersebut adalah Pengarah Eksekutif Kumpulan Karangkraf, Cik Firdaus Dato' Hishamuddin serta Presiden Pertubuhan IRM, En. Zawahir Abdullah. Lebih menarik majlis ini turut dihadiri oleh artis tempatan iaitu  biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini  dan juga penyanyi Shila Amzah yang sudi untuk turut serta berbuka puasa bersama-sama.

Seramai lebih 55 anak-anak yatim daripada Rumah Penyayang Hembusan Kasturi (RPHK) telah diraikan di majlis tersebut. Majlis telah dijayakan oleh warga kerja Kumpulan Media Islamik, editor-editor majalah dari kumpulan karangkraf dan juga rakan sukarelawan Pertubuhan IRM. Selain dari sumbangan untuk anak-anak yatim dari Kumpulan Karangkraf serta para penaja, Pertubuhan IRM juga turut memberi sumbangan berbentuk Pek Makanan ‘Kasih Ramadhan’. Majlis juga turut diserikan dengan persembahan dari anak-anak yatim bagi menghiburkan para tetamu.

Ketika berbuka puasa, kesemua anak-anak dilayan dengan penuh mesra oleh warga Karangkraf serta para sukarealawan Pertubuhan IRM. Majlis tersebut telah diakhiri dengan solat maghrib secara berjemaah. Selesai solat, para hadirin serta sukarelawan yang hadir telah mengambil kesempatan untuk beramah mesra serta saling mengenali anak-anak di rumah tersebut. Anak-anak juga kelihatan gembira dengan layanan serta kemesraan yang mereka terima.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat para penaja yang bermurah hati menaja majlis berbuka puasa tersebut (Restoran Abdullah Chan), sumbangan duit raya (Bank Rakyat) & sumbangan voucher pakaian (Pasaraya Hari Hari ) serta lain -lain penaja. Semoga segala sokongan serta kerjasama berkekalan di masa hadapan.

 

 

Bagi mendapatkan album penuh, sila klik :

Majlis Iftar Bersama Anak-Anak Yatim Rumah Penyayang Hembusan Kasturi

Rai Anak Yatim Di Majlis Iftar

 

Bagi menghulurkan sumbangan, sila klik di sini

Login Form