Thursday, December 13, 2018
   
Text Size

Kasih Ramadan Di RTM

 

19 Ogos 2011, Bertempat di Auditorium  P.Ramlee, Angkasapuri, Kuala Lumpur, Pertubuhan IRM dengan kerjasama RTM telah menganjurkan program ‘Kasih Ramadhan 2011’. Program kemanusiaan ini telah diadakan sebagai salah satu usaha membantu lebih 40 orang kakitangan RTM yang berpendapatan rendah menjalankan ibadah puasa di bulan yang mulia ini.

RTM diwakili oleh Ketua Pengarahnya, YBhg Dato' Norhayati Ismail manakala Pertubuhan IRM pula diwakili oleh saudara Zawahir Abdullah yang turut sama-sama mengedarkan pek-pek makanan kepada pekerja bawahan RTM yang terdiri daripada ibu tunggal, dan mereka yang berpendapatan rendah serta mempunyai ramai tanggungan.

Program ini juga merupakan satu tanda sokongan RTM terhadap usaha-usaha kemanusiaan yang dijalankan oleh Pertubuhan IRM. Melalui kerjasama kemanusiaan ini, pihak RTM akan turut serta  membantu pihak Pertubuhan IRM dalam mempromosikan program ‘Kasih Ramadhan 2011” melalui Radio RTM, Radio Klasik Nasional, Radio Asyik.FM dan juga beberapa stesen radio lain dibawah kelolaan RTM. Selain itu juga promosi turut akan dilaksanakan di stesen TV RTM1 bagi memaklumkan kepada orang ramai mengenai usaha kemanusiaan ini.

Pihak Pertubuhan IRM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Radio dan ketua-ketua jabatan di Wisma Radio yang turut menghadiri majlis serba sederhana ini. Sokongan serta keperihatin pihak RTM ini adalah begitu bermakna bagi golongan yang memerlukan di seluruh Malaysia.

 

 

Bagi mendapatkan album penuh, sila klik :

Kasih Ramadan Bersama RTM

 

Bagi menghulurkan sumbangan, klik di sini

 

 

Login Form