Thursday, April 26, 2018
   
Text Size

Kasih Syawal Bersama Takaful Ikhlas Di Negeri Kedah

 

21 Ogos 2011- Bertempat di Kg. Seberang Jaya, Kuala Sala, Kedah. Pertubuhan IRM bersama-sama Takaful Ikhlas telah mengadakan program 'Kasih Syawal' bagi membantu meringankan beban 135 buah keluarga yang memerlukan di perkampungan nelayan tersebut. 

Takaful Ikhlas yang di wakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato' Syed Moheeb Syed Kamarulzaman dan Presiden Pertubuhan IRM, Zawahir Abdullah turut hadir di majlis tersebut bagi bersama-sama mengedarkan pek-pek makanan yang disumbangkan oleh pihak Takaful Ikhlas kepada semua penerima manfaat. Bersempena dengan kehadiran bulan Syawal yang bakal menjelang, sumbangan ini diharapkan akan membantu keluarga yang memerlukan ini menyambut Syawal dengan lebih ceria.

Rata-rata penduduk kampung tersebut yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan sepenuh masa melahirkan rasa yang amat gembira dan teruja dengan kehadiran Pertubuhan IRM dan warga Takaful Ikhlas yang turun padang bagi menghulurkan bantuan. "Ini pertama kali makcik menerima bantuan sebegini dari dan makcik amat berterima kasih kepada pihak penyumbang " kata makcik Maria Tahir 70 tahun, salah seorang penduduk warga emas di kampung tersebut.

Majlis Penyampaian sumbangan itu turut disertakan dengan sedikit program tazkirah, majlis berbuka puasa dan beramah mesra bersama penerima sumbangan. Seluruh penduduk kampung turut sama merasakan kemeriahan program Kasih Syawal kali ini, berikutan kerja gotong royong yang diadakan sejak dari awal pagi lagi. Gotong royong tersebut diadakan bagi menyediakan juadah berbuka puasa bagi seluruh penduduk kampung, warga Takaful Ikhlas serta para sukarelawan Pertubuhan IRM yang hadir.

Pertubuhan IRM mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Pengerusi IRM Cawangan Kedah di atas kejayaan majlis, rakan kerjasama dan semua sukarelawan yang terlibat menjayakan program "Kasih Syawal" di Kedah baru-baru ini.

 

 

Bagi melihat album penuh program ini, sila klik ;

Kasih Syawal di Kedah Bersama Takaful Ikhlas

Gotong Royong Sedia Juadah Berbuka Puasa

Majlis Iftar Bersama Penduduk Kampung Nelayan

 

Bagi menghulurkan sumbangan, klik di sini

 

 

Login Form