Tuesday, April 24, 2018
   
Text Size

Kasih Syawal - Program Beli Baju Raya Bersama Anak-Anak Yatim

 

Pertubuhan IRM Cawangan Kelantan telah meraikan seramai 38 orang anak yatim dari 2 buah sekolah sempena program "Kasih Syawal" pada 21 Ogos 2011 yang lepas.


Kesemua anak-anak yatim telah bertolak ke Pasaraya Mydin Kubang Kerian scara konvoi dengan menaiki 7 buah kereta dan sebuah van yang bermula dari Sek Keb Sultan Ibrahim 1. Konvoi yang bermula  pada jam 9 pagi itu dilepaskan oleh pengerusi PIBG sekolah tersebut, Dato' Hj Hanafi Mamat.

Konvoi yang turut disertai oleh para sukarelawan Pertubuhan IRM dari Kelantan itu, kemudiannya disambut dengan penuh meriah oleh pihak pengurusan Pasaraya Mydin, Cawangan Kubang Kerian. Seramai 38 orang jurujual telah ditugaskan untuk melayan setiap seorang anak yatim tersebut untuk sesi memilih dan membeli belah pakaian keperluan hari raya.

Layanan ala VIP tersebut benar-benar menceriakan kesemua anak yatim yang telah sekian lama merindukan belaian seorang ayah atau ibu di saat menyambut persiapan lebaran. Walaupun mereka tidak berpeluang menyambut hari raya bersama ibu atau bapa tersayang, layanan mesra kakitangan Mydin benar-benar menyentuh perasaan dan bakal meninggalkan seribu kenangan manis buat mereka semua.

Pertubuhan IRM mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyumbang utama program ini, iaitu Dato' Hj Zulkefli B Hj Mohamad & juga Datin Hasnah Mat Ya yang turut hadir meluangkan masa bersama-sama anak yatim tersebut.

Terima kasih juga kepada En Zurani Bin Mohamed dari Excel Printing & En Zakaria Muhammad dari ZMA Agency yang turut menyumbang kepada program ini.

Terima Kasih juga kepada pihak Maidin yang telah banyak menyokong program-program Pertubuhan IRM, juga kepada rakan kerjasama dan dermawan yang turut sama menyumbang dan menjayakan program ini.

Tahniah dan terima kasih kepada Pengerusi Pertubuhan IRM Cawangan Kelantan dan semua sukarelawan yang terlibat. Semoga bantuan dan sokongan anda semua akan sentiasa diberkatiNya. Amin.


 

Bagi melihat album penuh, sila klik di sini

Bagi menghulurkan sumbangan, sila klik di sini

 

 

 

 

Login Form