Monday, January 22, 2018
   
Text Size

Kasih Syawal Bersama Anak-Anak Yatim di Taiping, Perak

 

18 Sep 2011 -Sempena bulan yang mulia ini Pihak  Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia atau lebih dikenali dengan nama Pertubuhan IRM telah menganjurkan satu program istimewa bagi meraikan pelajar-pelajar tahfiz yatim dan miskin. Jika sebelum ini program’ Kasih Ramadhan’ telah  diperkenalkan dan berjaya membantu golongan seumpama ini, namun bagi memberi keceriaan kepada golongan yang kurang berkemampuan, program ‘Kasih Syawal’ telah diperkenalkan bagi meneruskan misi kemanusiaan untuk membantu masyarakat terpinggir ini bersempena dengan kehadiran bulan Syawal.

Berkunjung ke Taiping baru-baru ini mampu mengukir senyuman dikalangan anak-anak yatim dan miskin pelajar tahfiz disekitar daerah Taiping. Majlis yang ringkas tapi penuh bermakna ini telah diadakan dengan kerjasama daripada Restoran Pisang Emas,Padang Bola Tupai, Pokok Assam. Melalui majlis yang istimewa ini seramai 120 orang anak yatim dari Madrasah Taufiqiah di Kg Boyan, Maahad Tahfiz Wataalimun Quran Ar Rohimiyah, Asrama Tahfiz Anak Yatim/Miskin Amal NurQaseh dan Maahad Tahfiz  Jebong di Matang telah diraikan. Turut diadakan adalah pemberian sumbangan daripada Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia kepada rumah kebajikan tersebut.

Menurut Mohd Saad Ismail, 46 tahun, Pemilik Restoran Pisang Emas, usaha  Pertubuhan IRM ini seharusnya dipuji kerana sanggup datang ke kawasan pedalaman iaitu di kawasan Pokok Assam bagi meraikan pelajar-pelajar tahfiz ini. Pihaknya amat berterima kasih kepada Pertubuhan IRM kerana sudi bekerjasama dengannya bagi menganjurkan program amal ini.

Pada kebiasaannya, pihak kami hanya menghantar makanan ke rumah-rumah kebajikan di sekitar kawasan ini, namun dengan adanya kerjasama daripada Pertubuhan IRM, hajat kami untuk meraikan golongan ini dapat direalisasikan di tempat kami. Hati dan perasaan saya rasa amat seronok dan puas apabila dapat menjamu mereka ini makan, itu saja usaha yang dapat saya lakukan bagi membantu mereka dengan menyediakan juadah masakan yang sedap.” Tambah beliau yang sudah 12 tahun mempunyai pengalaman dalam bidang masakan.

 

 

Bagi melihat album penuh program ini, sila klik di sini

Bagi sumbangan pembiayaan program-program kemanusiaan Pertubuhan IRM, sila klik di sini

 

Login Form