Tuesday, April 24, 2018
   
Text Size

Perlaksanaan Kasih Qurban 2011

 

Pihak Islamic Aid Malaysia ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas penyertaan dan sokongan yang telah kami terima bagi program ‘Kasih Qurban 2011’.

Program ‘Kasih Qurban 2011’ ini merupakan program bermusim anjuran Islamic Aid Malaysia sempena sambutan Eidul Adha. Melalui program ini, orang ramai mahupun badan-badan korporat yang prihatin berpeluang melaksanakan ibadah qurban dimana daging qurban tersebut diagih-agihkan kepada penerima sumbangan yang memerlukan, termasuk golongan fakir, miskin, ibu tunggal, warga emas msikin, warga orang asli beragama Islam dan anak-anak yatim. Selain dari penyertaan di peringkat tempatan, para penyumbang yang menyertai program ‘Kasih Qurban 2011’ juga turut berpeluang untuk menyertai ibadah Qurban di peringkat antarabangsa.   

Bagi peringkat tempatan, perlaksanaan program ‘Kasih Qurban 2011’ ini telah dilaksanakan secara serentak melalui cawangan-cawangan Islamic Aid Malaysia di seluruh negara. Pada tahun ini, perlaksanaan ibadah qurban telah diadakan di beberapa lokasi berbeza di Kelantan, Kedah dan juga Selangor. Syukur Alhamdulillah, dianggarkan seramai 1,000 orang yang terdiri daripada golongan yang kurang berkemampuan telah mendapat manfaat daripada program ini.

Bagi peringkat antarabangsa pula, perlaksanaan ibadah Qurban diadakan melalui kerjasama strategik di antara Islamic Aid Malaysia dan Muslim Aid International.

 

PERLAKSANAAN DI PERINGKAT TEMPATAN

Selangor

Bagi negeri Selangor, perlaksanaan Kasih Qurban telah diadakan di Hulu Langat, Selangor. Perlaksanaan ini diadakan melalui kerjasama bersama Syarikat  Etiqa Takaful Berhad, bertempat di  Kg.Jawa, Batu 18, Hulu Langat, Selangor.

Melalui majlis ini, sebanyak 18 ekor lembu, hasil penyertaan daripada kakitangan Syarikat Etiqa Takaful Berhad, orang ramai serta penduduk kampung  telah dikorbankan. Seramai 900 buah keluarga dari lapan buah kampung yang berdekatan iaitu Kg. Batu 21, Kg.Batu 20 Sg.Lui, Kg.Jawa, Kampung Kuala Pangsun,Kampung Padang, Kg.Lubuk Kelubi, Kg. Kuala Perdik dan Kg.Batu 17 Dusun Tua telah menerima sumbangan daging korban tersebut. Diantara kumpulan penerima sumbangan yang memerlukan adalah terdiri daripada golongan fakir miskin, ibu tunggal dan  juga anak yatim yang telah dikenalpasti. 

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran kakitangan Syarikat Etiqa Takaful Berhad, para sukarelawan serta penduduk kampung berdekatan yang telah bertungkus lumus, menjayakan program ini secara gotong royong.

 


Bagi album Program "Kasih Korban" Bersama Etiqa di Kg Jawa, Hulu Langat, klik di sini

 

Berikut disertakan senarai nama bagi penyertaan Qurban di Hulu Langat, Selangor.

 

Kedah

Pelaksanaan ibadah Qurban peringkat negeri kedah telah dilaksanakan di dua buah lokasi berbeza iaitu di Masjid Jamek Al-Ikram, Kg Tualang, Yan dan juga di Taman Mahsuri, Jitra, Kedah. Pelaksanaan ibadah qurban ini turut mendapat kerjasama daripada rakan-rakan sukarelawan di negeri Kedah.

 

Bagi album Program "Kasih Korban" di Jitra & Yan, Kedah, klik di sini


Berikut disertakan senarai nama bagi penyertaan Qurban di peringkat negeri Kedah.

 

Kelantan

Bagi perlaksanaan Qurban di peringkat negeri Kelantan, sejumlah 5 ekor lembu telah dikorbankan di lokasi yang berbeza bermula daripada hari raya kedua sehingga hari raya yang keempat. Antara lokasi yang terlibat adalah Selising, Pasir Putih, di Masjid Mukim Hutan Cengal, Tendong dan di Masjid Padang Rokma Wakaf Bharu. 

Diantara penerima bermanfaat sumbangan daging korban bagi negeri Kelantan terdiri daripada  para kariah dari Masjid Selising, Madrasah Pak Muda Kasim, golongan warga emas yang memerlukan, warga OKU, anak-anak yatim dan golongan miskin dari kawasan berhampiran.

Lebih menarik lagi, setiap majlis pelaksanaan ibadah Qurban ini, turut diserikan dengan jamuan makan, bagi menceriakan penerima manfaat yang hadir pada majlis tersebut. Perlaksanaan majlis Qurban di negeri Kelantan ini turut mendapat sokongan dari penduduk setempat.




Bagi album Program "Kasih Korban" di Kg Selising, Pasir Puteh, Kelantan, klik di sini

Bagi album Program "Kasih Korban" di Kg Padang Rokma, Tumpat, Kelantan, klik di sini

Bagi album Program "Kasih Korban" di Kg Hutan Chengal, Tendong,Kelantan, klik di sini

Bagi album Program "Kasih Korban" di Kg Belukar, Salor, Kelantan, klik di sini

 

Berikut disertakan senarai nama bagi penyertaan Qurban di peringkat negeri Kelantan.

PERLAKSANAAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Bagi peringkat antarabangsa pula, perlaksanaan ibadah Qurban diadakan melalui kerjasama strategik Islamic Aid Malaysia bersama Muslim Aid International.

Pada 3 November 2011,  sejumlah dana RM11,780 telah diserahkan secara rasmi kepada Muslim Aid International bagi pelaksanaan program Qurban di peringkat antarabangsa.

Melalui kerjasama kemanusiaan ini, Muslim Aid International bertindak selaku agensi pelaksana bagi Qurban yang telah diamanahkan oleh para penyumbang Kasih Korban dan ia akan dilaksanakan di Palestin, Pakistan, Lubnan, Somalia, Yemen, Kemboja, dan Indonesia. Sokongan serta kerjasama dari berbagai pihak ini adalah begitu bermakna bagi usaha kemanusiaan di serata dunia.

 

Berikut merupakan senarai nama peserta ‘Kasih Qurban 2011’ bagi peringkat antarabangsa.

Login Form