Saturday, August 18, 2018
   
Text Size

Pelancaran Tabung Bencana Banjir

 

Atas keperihatinan terhadap mangsa-mangsa bencana banjir yang kini mula melanda di beberapa daerah di tanah air, "Tabung Bantuan Bencana Banjir" telah dilancarkan pada 29 November 2011. Tabung ini merupakan sebuah kerjasama kemanusiaan diantara Islamic Aid Malaysia dan Utusan Malaysia.

Pelancaran tabung ini diadakan sebagai salah satu usaha membantu meringankan beban mangsa banjir terutama yang pada yang berada di Pantai Timur. Sehingga semalam, seramai 1,967 mangsa banjir di Kelantan telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara menunggu air surut. Pertubuhan IAM sehingga kini telah menjalankan 3 misi bantuan banjir di Kelantan dengan menghantar bantuan pek makanan terus ke rumah mangsa yang tidak dapat berpindah.

Selain daripada mempromosikan program-program kemanusiaan, kerjasama ini juga dilihat sebagai satu langkah terbaik untuk menghebahkan kepada orang ramai serta badan-badan korporat yang ingin menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Mangsa bencana merupakan salah satu daripada golongan sasar pertubuhan IAM, dimana fokus utama bantuan diberikan kepada peringkat tempatan. Dengan adanya kerjasama ini, kami berharap agar lebih ramai mangsa banjir akan mendapat manfaat daripada sumbangan orang ramai melalui tabung ini.

 


Bagi melihat album penuh, sila klik di sini

Bagi album Bantuan Banjir di Kelantan sila klik di sini

Login Form