Thursday, April 26, 2018
   
Text Size

Bantuan Banjir di Negeri Johor

 

21 Disember 2011 -Islamic Aid Malaysia (IAM) telah mengadakan kunjungan ke tiga buah lokasi pusat pemindahan banjir di negeri Johor bagi menghulurkan bantuan yang berupa makanan asas harian seperti beras, gula, sardin, minyak, tepung, biskut dan lain-lain lagi bagi membantu meringankan beban mangsa banjir. Pusat pemindahan tersebut adalah Masjid Sg.Sayong, Kg.Melayu Mardi, Kluang Johor, Balairaya Kg.Mengkibol, Kluang Johor dan Sekolah Kebangsaan Taman Seri Kota, Yong Peng, Batu Pahat Johor.

Kunjungan ini diadakan sebagai lanjutan daripada Tabung Bencana Banjir, anjuran bersama Islamic Aid Malaysia dan Kumpulan Utusan. Tabung ini telah dilancarkan secara rasmi pada 29 November 2011 yang lepas.

Selain daripada menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir, kunjungan ini juga diadakan sebagai tinjauan awal bagi melihat keadaan semasa serta bentuk bantuan yang diperlukan. Rata-rata mangsa yang ditemui menyatakan kebimbangan tentang keadaan banjir yang melanda.

Setiausaha JKKK Mukim Cha’ah Baru, Sahat Bin Kahar, 47 tahun,  berkata, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir besar. “ Hujan berterusan menyebabkan paras air Sungai Lenik di Chaah naik, kami berharap semoga penduduk sentiasa berwaspada dengan paras air dan mereka dinasihatkan segera berpindah ke tempat selamat jika paras air itu naik mendadak,” katanya. Beliau juga turut merakamkan ucapan terima kasih diatas keprihatinan pihak IAM dan Kumpulan Utusan kerana sudi menghulurkan bantuan kepada mangsa di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Taman Sri Kota.

Pada ketika ini, pihak Islamic Aid Malaysia masih merima sumbangan dari orang ramai bagi Tabung Bantuan Banjir. Hasil kutipan dari Tabung Bantuan Banjir ini akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang memerlukan di serata pelusuk tanah air. Pihak Islamic Aid Malaysia berasa sangat terharu di atas sumbangan dan sokongan yang diterima bagi Tabung Bantuan Banjir ini. Semoga sokongan ini berterusan dan diharapkan lebih ramai pihak yang akan tampil membantu dan menghulurkan sumbangan bagi mereka yang benar-benar memerlukan.

 

 


Bagi mendapatkan album penuh program ini, sila klik di sini

Bagi album Bantuan Banjir di Bachok, Kelantan sila klik di sini

Login Form