Monday, June 18, 2018
   
Text Size

Kunjungan Amal Datuk Sharifah Aini Bersama IAM Ke Negeri Kelantan

 

Baru-baru ini Islamic Aid Malaysia(IAM) dan Datuk Sharifah Aini telah berkunjung ke Negeri Kelantan bagi meneruskan misi kemanusiaan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Kunjungan amal ini telah dapat perhatian dan sokongan daripada Sudara Beach Resort dalam menganjurkan program ‘Majlis Makan Malam Amal Bersama Datuk Sharifah Aini’ pada 25 Februari 2012 yang lalu bertempat di Sudara Beach Resort, Bachok, Kelantan.

Program amal ini bertujuan untuk meraikan golongan yang kurang berkemampuan disekitar daerah Bachok, dimana ia melibatkan anak-anak yatim, kanak-kanak ’DownSyndrom’ dan juga golongan kurang upaya. Uniknya, majlis makan malam amal ini turut  menampilkan artis bersuara lunak yang sinonim dengan lagu ‘Seri Dewi Malam’ iaitu Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini. Lebih menarik lagi, program ini turut  diserikan lagi dengan persembahan istimewa daripada Pusat Pemulihan Orang Kurang Upaya Kg.Aur dan juga daripada Kumpulan Kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kelantan. Turut diadakan adalah program pengagihan sumbangan daripada Islamic Aid Malaysia kepada golongan yang kurang berkemampuan tersebut. .Program santai sambil beramal ini telah menarik minat seramai 400 orang yang hadir bagi memberi sokongan terhadap Majlis Makan Malam amal tersebut.

Kunjungan amal tersebut telah diteruskan lagi dengan kunjungan ke ‘Kamal Restaurant’ bertempat di Pasir Mas, Kelantan bagi meraikan anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan. Melalui program ini, seramai 30 orang kanak-kanak telah diraikan dengan jamuan makan tengahari. Mereka juga turut berkesempatan untuk beramah mesra dengan Datuk Sharifah Aini. Sumbangan berbentuk barangan telah dihulurkan kepada anak-anak yatim tersebut.

Pihak Islamic Aid Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sudara Beach Resort yang sedia bekerjasama dengan dalam menganjurkan Majlis Makan Malam Amal ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada Kumpulan Karangkraf di atas tajaan Majalah E-Baca, Syarikat NYLA Sdn Bhd di atas tajaan Majalah Upin dan Ipin, para penyumbang, rakan kerjasama serta rakan sukarelawan di negeri Kelantan yang telah bersama-sama menjayakan program kali ini.

 

 

Bagi mendapatkan album penuh sila klik ;

Makan Malam Bersama Datuk Sharifah Aini di Sudara Beach Resort

Kak Pah Bersama Anak-Anak Yatim di Pasir Mas, Kelantan

 

 

Login Form