Saturday, January 20, 2018
   
Text Size

Sinar Di Bawah Bayu

 

Sinar Di Bawah Bayu, anjuran bersama Ikim.FM, Islamic Aid Malaysia dan Zeelwafa Holidays merupakan sebuah program yang cukup istimewa disertai oleh seramai kira-kira 80 peserta yang terdiri daripada warga Ikim.FM serta para pendengar setia Ikim.FM. Melalui program ini, para peserta telah mengikuti kembara ilmu dan juga kemanusiaan selama 3 hari 2 malam, di sekitar Kundasang dan Kota Kinabalu, Sabah. Berbagai pengisian berilmu serta sesi lawatan ke tempat-tempat menarik telah diadakan.

Program ini telah berlangsung dari 13 sehingga 15 April 2012. Di hari kedua program, bertempat di pekan Kundasang, satu majlis penyerahan sumbangan bantuan kemanusiaan telah diadakan bagi golongan yang memerlukan dari sekitar Kundasang, Sabah. Selain dari penyerahan sumbangan, majlis ini telah turut diserikan dengan persembahan nasyid berbahasa Kadazan Dusun dari masyarakat tempatan, tazkirah kekeluargaan dari Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin serta demonstrasi masakan dari Charity Chef IAM, Chef Yang Jamil. Para peserta Sinar Di Bawah Bayu dan masyarakat tempatan juga turut bergotong-royong memasak bagi semua tetamu yang hadir serta seluruh warga Kundasang yang telah turut sama menyertai program tersebut.

Islamic Aid Malaysia (IAM) mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua 80 peserta program Sinar Di Bawah Bayu.  Di harap program kembara ilmu dan juga kemanusiaan ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta termasuk warga miskin dan juga masyarakat Islam di Kundasang, Sabah. IAM juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang samada dari segi masa, wang ringgit, tenaga serta kepakaran masing-masing bagi memastikan kejayaan program ini. Sekalung tahniah juga kami ucapkan kepada rakan-rakan sukarelawan IAM dari Kundasang dan juga Kota Kinabalu, Sabah yang turut membantu melancarkan lagi program ini. Pihak IAM amat berbesar hati dengan jumlah penyertaan yang luar biasa termasuk penyertaan dari warga Singapura.

 

 

Bagi mendapatkan album penuh, sila klik :

Program Sinar Di Bawah Bayu, Kundasang, Sabah -Day 1

Program Sinar Di Bawah Bayu, Kundasang, Sabah -Day 2

Program Sinar Di Bawah Bayu, Kundasang, Sabah -Day 3

 

 

Login Form