Saturday, August 18, 2018
   
Text Size

Jejak Prihatin Dan Pembaikan Madrasatul Hikmah

Likas, Sabah, 26 April 2012- Menjejaki mereka yang kurang berkemampuan  dan membantu mereka mengurangkan beban penderitaan yang dihadapi merupakan satu usaha kebajikan Islamic Aid Malaysia(IAM) dalam melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat tempatan.

Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia (Islamic Aid  Malaysia) dengan kerjasamaTakaful Ikhlas Sdn.Bhd. hari ini telah mengadakan program kemanusiaan bagi membantu masyarakat setempat yang memerlukan melalui program ‘JejakPrihatin dan Pembaikan Madrasah’ di MadrasatulHikmah, Likas, Sabah.

Program amal ini, merupakan salah satu daripada projek kemanusiaan peringkat tempatananjuran Islamic Aid Malaysia (IAM) di bawah program `KomunitiSetempat’. 
Majlis ini telah disempurnakan oleh tetamu kehormat iaitu YBhg. Tuan Haji Wan Mohd Fadzullah Wan Wan Abdullah, Naib Presiden Eksekutif, Operasi Perniagaan, Takaful Ikhlas Sdn.Bhd.  Turut hadir ke majlis ini adalah Presiden, Islamic Aid Malaysia (IAM), YBhg. Encik Zawahir Abdullah dan Tuan Haji Yahya  yang bertindak selaku tuan rumah.

Melalui program ini, pihakTakaful Ikhlas Sdn. Bhd. sebagai rakan kemanusiaan telah mebiayai program baikpulih Madrasah. Dengan adanya pembiayaan ini,  kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan bangunan yang rosak telah dilaksanakan bagi memberi keselesaan kepada penghuni bangunantersebut. Aktiviti penyelenggaraan dan pemulihan ini merangkumi kepadastrukturbangunan, bumbung, dinding, bilik air dan sebagainya yang pada ketika ini telah rosak dan terlalu uzur.  Program ini dilaksanakan oleh para sukarelawan dan juga rakan kerjasama pertubuhan. Selain daripada program membaikpulih Madrasah, turut diadakan adalah penyerahan sumbangan berbentuk beg sekolah dan juga majalah kepada 80 orang pelajar yang kurang berkemampuan yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang dan berpotensi.
Uniknya, program ini turut diisi dengan aktiviti bergotong-royong bersama dengan masyarakat setempat. Aktiviti bergotong-royong memasak yang diketuai oleh Charity Chef Islamic Aid Malaysia, Chef Yang Jamil turut diadakan. Melalui program ini, Chef  YangJamil telah memasak untuk 800 orang yang melibatkan penduduk di sekitar Likas dan juga para sukarelawan yang hadir. Menu pilihan untuk program iniadalah Nasi Tomato Dibawah Bayu berlaukan Ayam Masak Merah, Dalca dan Acar.Suasana gotong-royong menjadi lebih meriah apabila ‘Chef Yang Jamil’ berkongsi tips masakan bersama dengan para sukarelawan dan juga masyarakat setempat disamping menghiburkan mereka dengan aksi yang mencuit hati disamping dapat menunjukkan kepada mereka cara memasak yang betul.
Rata-rata mereka yang turut serta dalam aktiviti memasak ini berasa amat gembira kerana berpeluang berjumpa dengan ‘Chef Yang Jamil’ disamping mendapat ilmu yang bermanfaat berkaitan petua dan resipi masakan. Mereka amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Islamic Aid Malaysia (IAM) yang prihatin akan keadaan mereka pada ketika ini.

 

 

Bagi mendapatkan album penuh, sila klik di sini

 

 

Login Form