Sunday, October 21, 2018
   
Text Size

Jejak Prihatin 2012 Bersama Etiqa Takaful

 

Alor Setar, Kedah, 5 Mei 2012- Islamic Aid Malaysia (IAM) dan Etiqa Takaful Berhadhari ini telah mengadakan program kemanusiaan bagi membantu masyarakat setempat yang memerlukan melalui program `Jejak Prihatin 2012’– Fasa1 Peringkat Wilayah Utara yang melibatkan Negeri Kedah &juga Negeri Perlis.

Program amal ini, merupakan  salah satu daripada program kemanusiaan peringkat tempatan anjuran Islamic Aid Malaysia (IAM) dibawah program `Komuniti Setempat’.  Melalui program ini, pihak Islamic Aid Malaysia (IAM)telah menggunakan konsep ziarah bagi melihat sendiri dan merasai kesusahan serta penderitaan yang mereka hadapi.Melalui program ini juga, ia turut menyediakan platform kepada masyarakat Malaysia yang prihatin terutama pihak korporat dan golongan invidu yang prihatin untuk menghulurkan sumbangan dan bergandingan tangan bagi memupuk sifat prihatin dan semangat kesukarelawanan dikalangan masyarakat Malaysia.

Majlisini telah disempurnakan oleh tetamu kehormat iaitu YBhg. Encik Sham Suhaimi Bin Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif , Kawasan Utara Etiqa Takaful Berhad. Turut hadir ke majlis ini adalah   Presiden, Islamic Aid Malaysia (IAM), YBhg. Encik Zawahir Abdullah.

Seramai kira-kira 50 orang rakan sukarelawan daripada sekitar Alor Setar, Kedah  telah terlibat secara langsung dalam program ini. Program ini telah di ketuai oleh Saudara Khairu Mohd Yunus, Pengerusi Islamic Aid Malaysia (IAM)  Wilayah Utara.

Melalui program ini, pihak Etiqa Takaful Berhad, sebagai rakan kemanusiaan telah membiayai sumbangan berbentuk pek makanan kepada 400 buah keluarga untuk peringkat wilayah Utara yang melibatkan Negeri Kedah dan Perlis.Antara kawasan yang terlibat adalah di Pendang, Jitra dan Kuala Nerang untuk Negeri Kedah manakala di Perlis pula ialah di Kampung Seri Aman. Setiap penerima sumbangan menerima sumbangan berupa Pek Makanan yang mengandungi barangan keperluan makanan harian serta sumbangan wang tunai bernilai RM50 untuk setiap seorang. Penerima sumbangan ini terdiri daripada golongan fakir miskin,ibu tunggal miskin, warga emas miskin dan juga golongan orang kurang upaya(OKU) miskin yang telah dikenalpasti layak menerima bantuan.

Selain daripada menerima bantuan berbentuk pek makanan yang mengandungi makanan asas harian seperti beras, gula, minyak masak, susu, makanan dalam tin dan lain-lain lagi,  penerima manfaat turut diraikan dengan jamuan makan tengahari oleh rakan sukarelawan daripada IAM dan juga wakil daripada Etiqa Takaful Berhad.

MenurutEncik Sham Suhaimi Bin Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif , Kawasan Utara Etiqa Takaful Berhad,sumbangan Etiqa kepada Islamic Aid Malaysia (IAM) adalah sebahagian daripada sumbangan zakat tahunan syarikat Etiqa Takaful Berhad yang dihulurkan secara terus kepada institusi-institusi kebajikan yang layak dibawah program Tanggungjawab Zakat Korporat Etiqa. Oleh itu, kami akan mengkaji dan meneliti institusi-institusi yang berkaitan dan memastikan agar hanya yang benar-benar layak akan menerima bantuan. Dan secara jujur kami meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada Islamic Aid Malaysia (IAM) melalui programnya iaitu Program Jejak Prihatin 2012.

”Melalui program Tanggungjawab Zakat Korporat Etiqa, syarikat kami telah membantu lebih daripada 17 buah institusi kebajikan dan lebih daripada 1,600 anak-anak yatim dan golongan asnaf di seluruh Malaysia telah menerima sebahagian daripada sumbangan zakat syarikat kami. Lebih daripada RM1.5 juta dibelanjakan setiap tahun untuk memberi bantuan bermakna dalam bentuk kewangan, bangunan dan kemudahan-kemudahan seperti asrama, kelas pendidikan, kantin, surau dan juga dalam bentuk peralatan seperti komputer, peralatan pendidikan dan permainan dan pelbagai lagi.Program ini juga adalah sejajar dengan janji jenama kami untuk menginsankan insurans dan takaful.”

“Kami berharap agar sumbangan yang kami berikan ini sedikit sebanyak dapat membantu para penerima sumbangan di Negeri Perlis dan Negeri Kedah. Dan kami amat berterima kasih kepada jawatankuasa program yang menjayakan program ini dari awal perlaksanaannya dan mengharapkan agar kerjasama ini dapat diteruskan lagi,” katanya ketika ditemui ketika program tersebut berlangsung.

Presiden Islamic Aid Malaysia(IAM), Zawahir Abdullah berkata, pihaknya amat berterima kasih kepada Syarikat Etiqa Takaful Berhad yang memberi kepercayaan kepada kami dan juga prihatin terhadap usaha-usaha kemanusian yang telah dilaksanakan oleh Islamic Aid Malaysia (IAM).

‘Kami akan buat yang terbaik dalam menyalurkan bantuan tersebut dan hanya mereka yang benar-benar layak saja yang akan menerima manfaat daripada program ini tanpa mengira latar belakang politik mereka. Terima kasih kami ucapkan kepada Syarikat Etiqa Takaful Berhad kerana telah memberi peluang kepada kami untuk mengagihkan sumbangan zakat tersebut.”

Menurutnya lagi, program ini akan turut berkunjung ke negeri-negeri lain seperti Kelantan, Terengganu, Perak, Johor, Pahang dan Sarawak bagi memenuhi tanggungjawab pengagihan sumbangan zakat Etiqa Takaful Berhad kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Beliau juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan sukarelawan Islamic Aid Malaysia (IAM) yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini. Beliau juga turut menyeru supaya lebih banyak lagi syarikat korporat turut mencontohi usaha Syarikat Etiqa Takaful Berhad ini dalam menjayakan misi-misi kemanusiaan dan kebajikan kelolaan Islamic Aid Malaysia (IAM).

Lanjutan daripada itu, bagi merealisasikan misi kemanusian dalam membantu mereka yang kurang berkemampuan, pihak pertubuhan amat mengalu-alukan sokongan dan bantuan orang ramai dalam menjayakan misi ini.

Bagi mendapatkan album penuh Jejak Prihatin di Kedah, sila klik di sini

Bagi Program Jejak Prihatin di Johor, sila klik di sini

Bagi Program Jejak Prihatin di Kelantan, sila klik di sini

Bagi Program Jejak Prihatin di Terengganu, sila klik di sini

Bagi Program Jejak Prihatin di Perak, sila klik di sini

Bagi Program Jejak Prihatin di Sarawak, sila klik di sini

Bagi Program Jejak Prihatin di Pahang (Edisi Ramadan), sila klik di sini

 

Login Form