Sunday, October 21, 2018
   
Text Size

Makan Malam Amal 'Ibu Mithali Ibu Sejati'

 

Bersempena dengan sambutan hari ibu di bulan Mei ini, Islamic Aid Malaysia (IAM) dengan kerjasama Radio IKIMfm dan Hotel Grand Blue Wave telah mengadakan  Majlis “ MAKAN MALAM AMAL IBU MITHALI-IBU SEJATI ” pada 19 Mei 2012 (Sabtu) jam 7.45 malam bertempat di Grand Ballroom, Hotel Grand BlueWave, Shah Alam.

Majlis istimewa yang berkonsepkan program ilmiah ini telah menampilkan penceramah motivasi terkenal Y.Bhg. Prof. Dr. Muhaya Mohamad, sebagai undangan khas bagi menyampaikan ceramah motivasi kepada para tetamu yang hadir. Majlis ini juga turut diserikan dengan persembahan istimewa artis jemputan Nora dan Kumpulan Voices of Ummi. Seramai kira-kira 700 tetamu, di mana majoritinya terdiri daripada pendengar setia Radio IKIM.fm. telah hadir di malam tersebut. Selain dari menikmati berbagai persembahan istimewa, setiap ibu yang hadir telah menerima kejutan hadiah bunga mawar dimana bunga tersebut disampaikan oleh anak-anak serta mereka yang menemani para ibu di majlis tersebut.

Majlis tersebut telah diakhiri dengan penyampaian sumbangan daripada Islamic Aid Malaysia kepada sepuluh orang ibu tunggal yang memerlukan.

Selain daripada meraikan Hari Ibu, majlis ini juga diadakan sebagai salah satu usaha pengumpulan dana, dimana hasil kutipan dari jualan meja di malam tersebut akan digunakan bagi tujuan amal, program-program kemanusiaan anjuran Islamic Aid Malaysia. Pihak IAM mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan kerjasama, para penaja, rakan sukarelawan serta berbagai pihak yang telah turut sama bekerjasama menjayakan majlis ini. Semoga segala sokongan yang diterima akan berterusan di masa hadapan.

 

 

Bagi mendapatkan album penuh majlis ini, sila klik disini

Login Form