Saturday, January 20, 2018
   
Text Size

Majlis Pelancaran Program Al-Waqf Lil-Hayah

 

26 Jun 2012 - Setapak, Kuala Lumpur. Islamic Aid Malaysia (IAM) telah mengadakan satu majlis sidang media bertempat di pejabat IAM cawangan Setapak bagi memperkenalkan projek kebajikan terbaru IAM iaitu "Al Waqf Lil Hayah". Projek ini diadakan buat julung-julung kalinya bertujuan meraih dana bagi membantu pembinaan Kompleks Anak-anak Yatim & Miskin Islamic Aid Malaysia di Kubang Pasu, Kedah.

Majlis serba sederhana ini disempurnakan oleh wakil kepada YBhg Dato' Suhaimi Ibrahim, Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat yang tidak dapat hadir di saat akhir kerana masalah kesihatan.

Projek pembangunan asrama anak-anak yatim ini akan dibiayai melalui konsep wakaf yang diberi nama "Al Waqf Lil Hayah" dan ia tidak tertumpu kepada asrama anak-anak yatim sahaja malahan akan turut melibatkan pembangunan pusat OKU, madrasah, sekolah agama dan juga pusat tahfz Al -Quran. Program "Al Waqf Lil Hayah" sememangnya cukup unik dimana para penderma berpeluang untuk menyumbang atau berwakaf secara "online" melalui laman sesawang www.wakaf.org.my Selain dari sumbangan secara online, para penyumbang juga boleh melakukan semakan tentang sumbangan yang dilakukan di laman sesawang tersebut.

Pihak IAM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir memberi sokongan terhadap projek ini khususnya rakan-rakan media dan rakan sukarelawan.

 

 

 

Bagi mendapatkan album penuh sila klik di sini

Login Form