Saturday, January 20, 2018
   
Text Size

Pengagihan Sumbangan Kasih Ramadan di Negeri Kedah

15 Julai 2012 -Kedah. Bersempena kedatangan bulan Ramadhan, IAM telah mengadakan pengedaran pek-pek makanan bantuan Ramadhan kepada 50 keluarga miskin yang memerlukan di Mukim Telaga Mas, Kedah. Majlis yang berlangsung dalam suasana santai dan sederhana ini turut melibatkan warga emas miskin, ibu tunggal miskin, warga OKU dan juga anak yatim. Objektif utama program ini diadakan adalah bertujuan untuk meringankan beban mereka semua di dalam menyambut Ramadhan agar mereka boleh menunaikan ibdadah puasa dengan lebih selesa dan sempurna.

Majlis pengagihan bantuan pek-pek makanan ini diadakan bersempena dengan program Kasih Ramadhan 2012. Melalui program ini, dengan hanya RM50 bagi 1 pek makanan asas harian ini, orang ramai yang prihatin juga boleh turut menyumbang untuk program "Kasih Ramadhan- Bantulah Mereka Berbuka Puasa" Sumbangan di dalam bentuk barangan juga amat dialu-alukan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai program Kasih Ramadhan anjuran IAM, sila klik di sini

"Sinarilah Ramadhan mereka yang serba kekurangan" .

 

Bagi album penuh program ini, sila klik di sini

Bagi album Kasih Ramadhan di Langkawi Kedah, sila klik di sini

 

Login Form