Tuesday, June 19, 2018
   
Text Size

Salam Sahur Kasih Ramadan

 

Buat julung-julung kalinya, bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan yang mulia ini, IAM telah mengadakan program Salam Sahur, iaitu program berbentuk ziarah bersama-sama Radio Malaysia JAKIM - SalamFM dan rakan-rakan kerjasama. Program ini telah dilancarkan secara rasminya oleh Ketua Pengarah JAKIM, Dato' Hj Othman B. Mustapha.

Sebanyak 5 lokasi telah dikenal pasti di sekitar Lembah Klang telah dikunjungi mengikut jadual yang ditetapkan di sepanjang bulan Ramadan 2012. Melalui kunjungan ini, anak-anak yatim diraikan dengan makanan sahur dan juga program tazkirah.

Lokasi pertama adalah di Kanchung Darat Banting, Selangor iaitu rumah anak yatim & asnaf As Sollihin di mana seramai lebih kurang 58 orang anak-anak yatim diraikan, diikuti dengan kunjungan ke lokasi kedua, Kompleks Dar Assa'dah, di Bt Jln Ipoh. Lokasi ke 3 adalah di Madrasah Manbaul Uloom iaitu pusat pengajian tahfiz al quran yang terletak di Segambut, Kuala Lumpur.

Lokasi ke 4 program Salam Sahur Kasih Ramadhan adalah di rumah anak-anak yatim Darul Izzah, Bangi di mana seramai lebihkurang 30 orang anak-anak yatim diraikan dalam majlis bersahur bersama-sama team Salam Sahur Kasih Ramadhan. Kunjungan kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah JAWI, Dato Che Mat yang turut bersahur bersama-sama. Kunjungan Salam Sahur Kasih Ramadan telah diakhiri dengan kunjungan di lokasi terakhir iaitu di Madrasah Sg. Buaya, Rawang, selangor.

IAM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan kerjasama, para penaja serta para sukarelawan yang telah sudi membantu. Semoga segala usaha murni ini mendapat redha dan berkah dari Allah. InsyaAllah.

 

 

Bagi mendapatkan album penuh program ini, sila klik link di bawah

Salam Sahur Kasih Ramadan di Rumah Anak Yatim & Asnaf Kanchong Darat, Banting, Selangor

Salam Sahur Kasih Ramadan di Dar AsSaadah, Kuala Lumpur

Salam Sahur Kasih Ramadan di Madrasah Mabaul Uloom, Segambut, Kuala Lumpur

Salam Sahur Kasih Ramadan di Darul Izzah, Bangi, Selangor

Login Form