Friday, October 19, 2018
   
Text Size

Kasih Syawal di Tok Bali, Kelantan

 

Sudara Beach Resort, Tok Bali Kelantan - 11 Ogos 2012. Islamic Aid Malaysia (IAM) bersama--sama rakan kemanusiaan IAM iaitu Takaful Ikhlas Sdn Bhd dengan kerjasama Sudara Beach Resort dan IKIMfm sebagai radio rasmi telah meraikan hampir 700 orang penduduk kampung di sekitar Tok Bali dalam satu majlis berbuka puasa yang diadakan di Dewan Utama, Sudara Beach Resort, Tok Bali Kelantan. Program tahunan IAM yang diberi nama Kasih Shawal ini telah sekali lagi menyaksikan Takaful Ikhlas Sdn Bhd menjadi penaja utama di mana seramai 150 orang penerima bantuan yang terdiri daripada warga OKU, ibu tunggal miskin, warga cacat penglihatan, warga emas miskin dan anak-anak yatim menerima bantuan pek makanan asas berserta wang tunai. Objektif program ini diadakan adalah bertujuan untuk meringankan beban serta menceriakan mereka semua didalam menyambut kehadiran Shawal yang bakal menjelang tiba selain mengeratkan hubungan silaturrahim diantara penduduk setempat dan juga rakan-rakan penaja dan peserta program.

Program Kasih Shawal ini telah dimulakan seawal pagi dimana program penyediaan juadah untuk berbuka puasa telah diadakan secara bergotong royong oleh rakan kerjasama, para sukarelawan IAM bersama-sama penduduk kampung. Program Kasih Shawal ini juga turut dirakam oleh pihak RTM untuk siaran Hari Raya selain disiarkan melalui radio Ikimfm dalam program Imarah Ramadhan.

Pihak IAM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya penaja utama Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Sudara Beach Resort, Kumpulan Karangkraf, rakan-rakan penderma serta rakan media dari Ikimfm dan juga RTM. Terima kasih juga kepada adik-adik hafiz dari Tahfiz Pondok Moden yang turut membantu menjayakan program ini.

 

 

Bagi mendapatkan album penuh, sila klik link di bawah :

Bantuan Untuk Warga Miskin & Majlis Iftar Di Tok Bali, Kelantan

Gotong Royong Bersama Penduduk Sedia Juadah Berbuka Puasa

Rakaman Untuk Siaran Hari Raya Di RTM

Login Form