Saturday, August 18, 2018
   
Text Size

Projek Bekalan Air Bersih

Pasir Mas, Kelantan, 06 Oktober 2012- Prihatin dengan nasib mereka yang kurang berkemampuan dan membantu mereka mendapatkan bekalan air bersih merupakan satu usaha kebajikan Islamic Aid Malaysia(IAM)  dalam melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat tempatan.

Islamic Aid Malaysia (IAM) dan Etiqa Takaful Berhad hari ini telah mengadakan program kemanusiaan bagi membantu pusat-pusat Tahfiz dan Madrasah yang memerlukan melalui program `Bekalan Air Bersih 2012’ – Fasa 1 Peringkat Wilayah Pantai Timur yang melibatkan Negeri Kelantan.

Program amal ini, merupakan  salah satu daripada program kemanusiaan peringkat tempatan anjuran Islamic Aid Malaysia (IAM) di bawah program `Komuniti Setempat’ bagi menyalurkan bekalan air bersih kepada rumah-rumah kebajikan, pusat-pusat tahfiz dan juga sekolah yang memerlukkan.  Melalui program ini, pihak Islamic Aid Malaysia (IAM) akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan serta pemasangan alat penapis air tersebut bagi kegunaan penerima manfaat.

Melalui program ini, pihak Etiqa Takaful Berhad, sebagai rakan kemanusiaan telah membiayai sumbangan alat penapis air untuk diagihkan kepada 6 buah Madrasah di sekitar Kelantan. Madrasah yang terlibat dan akan menerima manfaat daripada program ini adalah  Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Ismailiah(MATAIS), Pondok Tahfiz Kg. Apa, Madrasah Addiniah Al-Yusufiah, Pusat Pengajian Tahfiz Al-Aman, Maahad Tahfiz Darul Quran serta Madrasah DiniaFalahiah. Setiap penerima sumbangan akan menerima satu set ‘ Outdoor Master Filter’ bagi menyalurkan air bersih untuk kegunaan penghuni di Madrasah

Presiden Islamic Aid Malaysia (IAM), Zawahir Abdullah berkata, pihaknya amat berterima kasih kepada Syarikat Etiqa Takaful Berhad yang memberi kepercayaan kepada kami dan juga prihatin terhadap usaha-usaha kemanusian yang telah dilaksanakan oleh Islamic Aid Malaysia (IAM).

‘Kami akan buat yang terbaik dalam menyalurkan bantuan tersebut dan hanya mereka yang benar-benar layak saja yang akan menerima manfaat daripada program ini tanpa mengira latar belakang politik mereka. Terima kasih kami ucapkan kepada Syarikat Etiqa Takaful Berhad kerana telah memberi peluang kepada kami untuk mengagihkan sumbangan zakat tersebut. ”

Menurutnya lagi, program ini akan turut berkunjung ke negeri-negeri lain seperti Kedah,  Perak, Johor dan Pahang bagi memenuhi tanggungjawab pengagihan sumbangan zakat Etiqa Takaful Berhad kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Beliau juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan sukarelawan Islamic Aid Malaysia (IAM) yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini. Beliau juga turut menyeru supaya lebih banyak lagi syarikat korporat turut mencontohi usaha Syarikat Etiqa Takaful Berhad ini dalam menjayakan misi-misi kemanusiaan dan kebajikan kelolaan Islamic Aid Malaysia (IAM).

 

 

Bagi mendapatkan album penuh program, sila klik di sini

Login Form