Sunday, April 22, 2018
   
Text Size

Perlaksanaan Program Kembali Ke Sekolah

Lanchang, Pahang, 19 November 2012- Atas dasar keprihatinan kepada masyarakat luar bandar yang memerlukan, Islamic Aid Malaysia(IAM) bersama-sama Etiqa Takaful Berhad  telah mengadakan program ‘Kembali Ke Sekolah 2013’– Fasa 1 Peringkat Wilayah Pantai Timur yang melibatkan negeri Pahang bertempat di Sekolah Kebangsaan Lanchang, Pahang.

Program ‘Kembali Ke Sekolah 2013’ telah diwujudkan bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh keluarga yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah bagi menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak mereka. Program ini akan memberi manfaat kepada 1,000 orang pelajar peringkat sekolah rendah dalam persediaan untuk memasuki sesi persekolahan 2013. Melalui program ini sebanyak 5 siri penjelajahan akan dilaksanakan bagi menjayakan program ini. Pahang merupakan lokasi pertama dan akan diteruskan lagi ke Negeri Perak, Kelantan, Kedah  dan juga Johor bagi memenuhi tanggungjawab pengagihan sumbangan zakat Etiqa Takaful Berhad kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.

Program ini telah menyaksikan penyerahan kelengkapan sekolah kepada 5 buah sekolah Kebangsaan di sekitar daerah Lanchang, Pahang akan menerima manfaat daripada program ini iaitu Sekolah Kebangsaan Kuala Kaung, Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Sekolah Kebangsaan Bolok, Sekolah Kebangsaan Lubuk Terua dan Sekolah Kebangsaan Lanchang. Setiap pelajar yang terpilih akan menerima dua set uniform sekolah, beg sekolah dan dua pasang kasut beserta stokin sebagai persediaan untuk sesi persekolahn 2013.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Pantai Timur, Etiqa Insurans & Takaful, Tengku Saifuddin Bin Tengku Zainal Abidin, sumbangan Etiqa kepada Islamic Aid Malaysia (IAM) adalah sebahagian daripada sumbangan zakat tahunan syarikat Etiqa Takaful Berhad yang dihulurkan secara terus kepada institusi-institusi kebajikan yang layak dibawah program Tanggungjawab Zakat Korporat Etiqa.
Oleh itu, kami akan mengkaji dan meneliti institusi-institusi yang berkaitan dan memastikan agar hanya yang benar-benar layak akan menerima bantuan. Dan secara jujur kami dengan sukacitanya menyokong usaha Islamic Aid Malaysia (IAM) melalui programnya iaitu program Kembali Ke Sekolah 2013.

”Melalui program Tanggungjawab Zakat Korporat Etiqa, syarikat kami telah membantu lebih daripada 17 buah institusi kebajikan dan lebih daripada 1,600 anak-anak yatim dan golongan asnaf di seluruh Malaysia telah menerima sebahagian daripada sumbangan zakat syarikat kami. Lebih daripada RM1.5 juta dibelanjakan setiap tahun untuk memberi bantuan bermakna dalam bentuk kewangan, bangunan dan kemudahan-kemudahan seperti asrama, kelas pendidikan, kantin, surau dan juga dalam bentuk peralatan seperti komputer, peralatan pendidikan dan permainan dan pelbagai lagi. Program ini juga adalah sejajar dengan janji jenama kami untuk menginsankan insurans dan takaful.”

“Kami berharap agar sumbangan yang kami berikan ini sedikit sebanyak dapat membantu para penerima sumbangan di sekitar negeri Pahang. Dan kami amat berterima kasih kepada jawatankuasa program yang menjayakan program ini dari awal perlaksanaannya dan mengharapkan agar kerjasama ini dapat diteruskan lagi,” katanya ketika ditemui sewaktu program tersebut berlangsung.

Presiden Islamic Aid Malaysia (IAM), Zawahir Abdullah berkata, pihaknya amat berterima kasih kepada Etiqa Takaful Berhad  yang memberi kepercayaan kepada kami dan juga prihatin terhadap usaha-usaha kemanusian yang telah dilaksanakan oleh Islamic Aid Malaysia (IAM).

‘Kami akan buat yang terbaik dalam menyalurkan bantuan tersebut dan hanya mereka yang benar-benar layak saja yang akan menerima manfaat daripada program ini tanpa mengira latar belakang politik mereka. Terima kasih kami ucapkan kepada Etiqa Takaful Berhad kerana telah memberi peluang kepada kami untuk mengagihkan sumbangan zakat tersebut. ”

Menurutnya lagi, program ini akan turut berkunjung ke negeri-negeri lain seperti Kelantan, Kedah, Johor dan Perak bagi memenuhi tanggungjawab pengagihan sumbangan zakat Etiqa Takaful Berhad kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Beliau juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan sukarelawan Islamic Aid Malaysia (IAM) yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini. Beliau juga turut menyeru supaya lebih banyak lagi syarikat korporat turut mencontohi usaha Etiqa Takaful Berhad ini dalam menjayakan misi-misi kemanusiaan dan kebajikan kelolaan Islamic Aid Malaysia (IAM).

 

Bagi mendapatkan album penuh program sila klik

Program Kembali Ke Sekolah di Pahang

Program Kembali Ke Sekolah di Johor

Program Kembali Ke Sekolah di Perak

Program Kembali Ke Sekolah di Kedah

Program Kembali Ke Sekolah di Kelantan

Login Form