Tuesday, June 19, 2018
   
Text Size

Program Kembali Ke Sekolah di Medan, Indonesia

 

 

Medan -12 Januari 2012. 40 anak yatim dari Panti Asuhan Puteri Aisyiyah turut menerima sumbangan bagi program "Back To School 2013" yang diadakan di pejabat Konsul Jeneral Malaysia, di Medan. Majlis serba sederhana yang turut dihadiri oleh Ibu Anita Ch Daryatmo, Ketua Umum DKM, Medan, Sumatera Utara dan disempurnakan oleh En Ahmad Rozian Abd Ghani, Konsulat Jeneral Malaysia di Medan turut dibantu oleh sukarelawan IAM dari Medan dan mendapat kerjasama penuh dari pihak kakitangan konsulat. Walaupun pada dasarnya, IAM lebih memberi tumpuan kepada penerima manfaat di dalam negara, namun pihak IAM turut prihatin dan tidak melupakan tanggung jawab terhadap jiran serumpun kita yang memerlukan bantuan diluar negara, khususnya bagi menunaikan amanah yang telah dipertanggung-jawabkan oleh pihak penyumbang/penaja bagi menjalankan aktiviti kemanusiaan dan kebajikan di mana sahaja.

 

 

Bagi mendapatkan album penuh program ini, sila klik di sini

Login Form