Friday, September 21, 2018
   
Text Size

IAM Kongsi Keceriaan Sempena Tahun Baru Cina

 

Pasir Mas, Kelantan- Islamic Aid Malaysia dengan kerjasama kumpulan sukarelawan daripada Kelantan telah menganjurkan program `Mendekati Masyarakat melalui Program ‘ Jejak Prihatin Edisi Tahun Baru Cina’. Program amal ini, merupakan  salah satu daripada projek tempatan anjuran Islamic Aid Malaysia di bawah program `Jejak Prihatin’.  Melalui program ini, pihak Islamic Aid Malaysia telah menggunakan konsep ziarah bagi melihat sendiri dan merasai kesusahan serta penderitaan yang mereka hadapi. Program ini juga turut menyediakan platform kepada masyarakat Malaysia yang prihatin terutama golongan muda bagi mewujudkan sifat prihatin dan semangat sukarelawan.

Bagi sambutan Tahun Baru Cina 2013, pihak Islamic Aid Malaysia telah memberi sumbangan berbentuk pek makanan dan juga limau bagi membantu masyarakat Tiong Hua yang memerlukan. Seramai 100 orang keluarga masyarakat Cina termasuk ibu tunggal, orang miskin dan warga emas di seluruh Malaysia telah menerima manfaat daripada program ini bagi berkongsi keceriaan sempena sambutan tahun baru Cina. Pengagihan sumbangan telah dilakukan secara serentak oleh rakan sukarelawan IAM diseluruh Malaysia.

Menurut Bustanol Ariffin, Pengerusi Islamic Aid Malaysia cawangan Kelantan, bagi peringkat negeri Kelantan sebanyak empat lokasi telah dikunjungi melibatkan Wakaf Baru, Pasir Mas, Kampung Sokor dan Kampung Tok Kong di Keterih.
"Kita tidak lupa kaum Cina yang tidak bernasib baik dan berikan sumbangan pek makanan yang mengandungi barangan keperluan dapur seperti beras, gula, tepung, sardin dan sebagainya serta  buah limau bagi menceriakan mereka sempena sambutan tahun baru cina ini. Ini merupakan program tahunan Islamic Aid Malaysia dalam mengurangkan beban kesusahan yang dihadapi oleh golongan yang kurang berkemampuan dalam menyambut perayaan” katanya.

Selain itu, melalui lawatan ini, ia bukan sekadar bantuan berbentuk pek makanan sahaja, tetapi ia juga akan menjadi titik permulaan bagi pihak Islamic Aid Malaysia untuk membuat penilaian jangka masa panjang bagi membimbing serta membantu untuk membolehkan penerima manfaat ini untuk hidup berdikari.  Antara bantuan yang dirasakan perlu adalah bantuan berbentuk pembaikan rumah dan bantuan berbentuk pemberian peralatan mengikut kemahiran dan kesesuaian bagi membolehkan mereka berdikari dan secara tidak langsung dapat mengubah status kehidupan mereka daripada dibelenggu kemiskinan. Lanjutan daripada itu, pihak Pertubuhan akan berusaha mengumpul dana bagi membantu keluarga ini untuk bantuan susulan.

 

Bagi album Jejak Prihatin CNY 2013, sila klik di bawah

Jejak Prihatin CNY 1

Jejak Prihatin CNY 2

Jejak Prihatin CNY 3

Jejak Prihatin CNY 4

Login Form