Saturday, January 20, 2018
   
Text Size

Program 'Bekalan Air Bersih Berakali' Kepada Pusat Tahfiz dan Sekolah Agama di Perlis

 

 

Kangar, 26 April 2013 – Islamic Aid Malaysia (IAM) dengan kerjasama Takaful Ikhlas Sdn Bhd telah mengadakan program kemanusiaan bagi membantu masyarakat setempat yang memerlukan melalui program `Bekalan Air Bersih Beralkali’ kepada  3 buah Sekolah Maahad Tahfiz dan 2 buah Sekolah Agama bertempat di Sekolah Agama Islam (Ren), Kg Bohor Empiang, Kangar, Perlis.

Program kebajikan ini merupakan program komuniti setempat bagi membantu menyalurkan air bersih yang sudah dirawat dan boleh terus diminum kepada pusat-pusat tahfiz dan juga sekolah yang memerlukan di kawasan pedalaman dan luar bandar. Melalui program ini, turut diadakan adalah sumbangan zakat perniagaan oleh Takaful Ikhlas kepada sekolah tersebut

Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Ab Latiff Abu Bakar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS kepada wakil-wakil daripada Maahad Tahfiz Al Quran Al Baraqah, Maahad Tahfiz Yayasan Islam Perlis, Maahad Tahfiz Nurul Saadah, Sekolah Agama Al Islahiah dan Sekolah Agama Islam Kampung Bohor. Turut hadir dan menyaksikan penyerahan tersebut ialah Encik Mohd Din Merican, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MNRB dan En Zawahir Abdullah, Presiden Islamic Aid Malaysia.  Dalam majlis yang sama, Takaful IKHLAS turut mengagihkan zakat perniagaan sejumlah RM10,000 kepada kelima-lima buah sekolah Agama dan Maahad Tahfiz tersebut di mana setiap sekolah telah menerima  RM2,000.

 

 

Bagi album penuh program ini, sila klik di sini

 

Login Form