Thursday, April 26, 2018
   
Text Size

'Jejak Prihatin' di Selatan Thailand

 

 

Dannok, Songkhla 27 April 2013-  Prihatin dengan nasib mereka yang kurang berkemampuan merupakan antara usaha kebajikan Islamic Aid Malaysia(IAM). Lanjutan daripada itu, bagi merealisasikan misi kami dalam usaha-usaha kemanusiaan, Islamic Aid Malaysia (IAM) dengan kerjasama Takaful Ikhlas Sdn Bhd telah mengadakan program kemanusiaan ‘Jejak Prihatin’ bagi membantu masyarakat Islam yang memerlukan bertempat di Masjid Fathu Islami, Dannok. Progam Jejak Prihatin anjuran IAM dan Takaful Ikhlas ini merupakan satu program dibawah sektor antarabangsa ( International Chapter ).

Melalui program ini seramai 100 buah keluarga telah dikenalpasti yang terdiri daripada mua'laf, anak-anak yatim dan ibu tunggal miskin. Penerima manfaat ini telah dipilih daripda 2 buah kampung iaitu Kampung Kedi dan Kampung Kara,Pattani. Rata-rata penerima manfaat ini bekerja kampung dan mempunyi pendapatan yang tidak seberapa jika dibandingkan dengan tanggungan dan kos sara hidup dikawasan tersebut. Sumbangan berbentuk pek makanan yang mengandungi barang keperluan asas seperti beras,gula, tepung, sardin, minyak, tepung, biskut dan sebagainya dan dijangka dapat mengurangkan beban kesusahan keluarga tersebut selama 2 minggu.

 

 

Bagi album penuh program ini, sila klik di sini

 

Login Form